JELAJAH PROFESIONALISME KERJA BELIA ILKBS - IKBN JITRA


20 FEBRUARI 2025 Khamis - Seramai 120 orang peserta dari IKBN JITRA telah mengikut Program Jelajah professionalisme Kerja Belia anjuran Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson. Program ini merupakan siri pertama untuk tahun 2025 dilaksanakan dan memberi untuk pendedahan kepada pelajar IKBN JITRA berkaitan Professionalisme kerja Belia dan apa sebenarnya professionalisme Kerja Belia yang mungkin boleh membantu dan memberi peluang kepada belia-belia di Malaysia. Manakala apa pula bezanya dengan kerja sosial. Semua ini dapat dibandingkan dan di lihat skop dan kelebihan tersendiri. Program ini sekali lagi akan menjelajah ke seluruh ILKBS negara ini dengan membawa mesej tertentu untuk disampaikan kepada belia-belia kita semua. Di harapkan program ini akan mencapai matlamatnya dan APBMPD akan terus maju jaya.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search