APBMPD Kini “New Look” Raih Perhatian di Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Sembilan

Paroi, 18 Mei 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah menganjurkan reruai pameran APBMPD Kini “New Look” sempena Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung meriah pada 17 dan 18 Mei 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi.
Majlis perasmian telah diadakan pada 18 Mei 2025, jam 11.00 pagi dan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan, Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Rembau. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan peranan belia sebagai agen perubahan dan menggalakkan gaya hidup sihat serta aktif dalam kalangan masyarakat.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan kepimpinan negeri termasuk YB Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman, EXCO Kesihatan Negeri Sembilan; Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan; Dr. Zuraida binti Mohamed, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan; dan pemimpin-pemimpin belia negeri.
Reruai APBMPD menarik minat pengunjung dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti Tangram, Quizizz, Dam Ular Gergasi, dan Congkak. Inisiatif ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang fungsi baharu APBMPD, mempromosikan program-program akan datang serta merapatkan hubungan antara belia dan agensi kerajaan.
Penganjuran reruai ini diharap dapat memperkukuh peranan APBMPD dalam usaha berterusan membangunkan kapasiti belia dan memperluas akses mereka kepada latihan serta pembangunan kepimpinan.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search