- APBM Port Dickson
- Hits: 81
Jelajah Profesionalisme Kerja Belia Belia ILKBS-IKBN Tanah Merah
- APBM Port Dickson
- Hits: 81
19 Jun 2025 (Khamis) Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson meneruskan siri Jelajah Profesionalisme Kerja Belia ILKBS ke lokasi seterusnya iaitu IKBN Tanah Merah. Seramai 109 peserta terdiri daripada pelajar IKBN Tanah Merah telah mengikuti siri jelajah kali ini. Program ini adalah bertujuan untuk mempromosi dan memberi pendedahan awal kepada kepada pelajar IKBN tentang kerja belia sebagai satu profesion yang diiktiraf. Jelajah ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kerja belia yang turut menyediakan pentauliahan dan mendapat persijilan SKM. Program ini melibatkan slot ceramah, jom sembang dan uji minda yang memerlukan peserta menjawab soalan secara atas talian Quizzizz. Peserta program telah mendapat pendedahan tentang apa itu kerja belia serta memahami proses untuk mendapatkan pengiktirafan dan persijilan SKM.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN
