JELAJAH PROFESIONALISME KERJA BELIA ILKBS - IKBN KINARUT

22 Mei 2025 (Khamis) Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson meneruskan siri Jelajah Profesionalisme Kerja Belia ILKBS dan kali ini IKBN Kinarut menjadi lokasi untuk siri 7. Seramai 102 peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan IKBN Kinarut telah mengikuti siri jelajah kali ini. Program ini adalah bertujuan untuk mempromosi dan memberi pendedahan awal kepada kepada pelajar IKBN tentang kerja belia sebagai satu profesion yang diiktiraf. Jelajah ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kerja belia yang turut menyediakan pentauliahan dan mendapat persijilan SKM. Program ini melibatkan slot ceramah, jom sembang dan uji minda yang memerlukan peserta menjawab soalan secara atas talian Quizzizz. Peserta program telah mendapat pendedahan tentang apa itu kerja belia dan perbezaan dengan kerja sosial serta memahami proses untuk mendapatkan pengiktirafan dan persijilan SKM.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search