Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio (SKM-PPT) Siri 6 Negeri Sarawak Tahun 2025 Berlangsung dengan Jayanya di Sibu

Sibu, Sarawak | 2 – 4 September 2025 – Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio bagi Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) Siri 6 Negeri Sarawak Tahun 2025 telah berjaya dianjurkan bertempat di The Paramount Hotel, Sibu.
Seramai 42 orang calon SKM-PPT dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, IKBN Miri, Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak, Pendaftar Pertubuhan Belia dan juga ADAMAS dan telah menyertai bengkel ini, dengan tujuan untuk memperkemaskan dan menyempurnakan penyediaan portfolio masing-masing sebagai sebahagian daripada proses pengiktirafan kemahiran yang dimiliki melalui pengalaman kerja.
Bengkel ini turut mendapat suntikan semangat dan motivasi daripada kehadiran Tuan Pengarah, Encik Lamat Anak Nyalau, yang turut sama menyemak dan meneliti portfolio beliau bersama calon yang lain secara langsung sepanjang program berlangsung.
Sepanjang tiga hari bengkel ini, para calon telah menerima bimbingan intensif daripada 6 orang fasilitator bertauliah yang berpengalaman dalam pembangunan portfolio SKM-PPT. Fokus utama bengkel ini adalah untuk memastikan setiap calon memahami dengan jelas keperluan pembuktian yang perlu disertakan dalam portfolio mereka, termasuk aspek-aspek penting yang dinilai oleh pihak berautoriti. Para peserta dilihat sangat bersemangat dan proaktif dalam usaha melengkapkan portfolio masing-masing. Mereka mengambil peluang ini untuk bertanya, mendapatkan maklum balas dan memperbaiki dokumen mereka agar memenuhi standard yang ditetapkan.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat membantu mempercepatkan proses pengiktirafan kemahiran yang dimiliki oleh para pekerja berpengalaman, sejajar dengan objektif kerajaan dalam memperkasa modal insan berkemahiran tinggi di negara ini, khususnya di Negeri Sarawak.
Disediakan oleh:
Syaripah Yuliana binti S Amran
PBS 1
#apbmpd #apbmpdcomeback #APBMPD #apbmpd #teamapbmpd #skmppt #profesionalismekerjabelia #profesionalismekerja #JBSN #jbsnegara #JBSNBersama #KBSMalaysia #kbsmalaysia

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search