- APBM Port Dickson
- Hits: 41
Amanat Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBMPD) Tahun 2026
- APBM Port Dickson
- Hits: 41
SEREMBAN – Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBMPD) telah menyampaikan amanat tahun 2026 kepada seluruh warga akademi sebagai panduan hala tuju serta penegasan terhadap pelaksanaan tugas dan program sepanjang tahun ini.
Dalam amanat tersebut, Pengarah APBMPD menekankan keperluan persiapan dan perancangan awal program-program bagi tahun 2026 agar dilaksanakan secara lebih tersusun, berfokus dan berimpak. Seiring dengan itu, peranan APBMPD perlu terus diperkasakan dan diperluaskan bagi menyokong agenda pembangunan belia negara.
Pengarah turut mengingatkan semua pegawai supaya sentiasa mematuhi perarutan dan tatkelola yang berkuatkuasa serta memberi respons dengan segera terhadap sebarang panggilan atau komunikasi melalui aplikasi WhatsApp daripada ketua jabatan, bagi memastikan kelancaran pengurusan dan penyampaian maklumat.
Dalam aspek pelaksanaan program, Pengarah menegaskan kepentingan kerjasama dan semangat kerja berpasukan dalam pembangunan modal insan, khususnya bagi memastikan program-program APBMPD dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Mengakhiri amanat tahun 2026, Pengarah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja APBMPD atas komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tahun 2025.
#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNBersama #TeamKBS #JBSN #apbmpdcomeback #apbmpd
