Pelaksanaan Program Kursus Pembinaan Pasukan (APBM Youth Dynamic Team) Siri 4 Tahun 2025 Zon Borneo

Tarikh: 20 hingga 23 Oktober 2025
Tempat: Scouts Nature Park, Sandakan, Sabah
Anjuran: Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson

Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah melaksanakan Program Kursus Pembinaan Pasukan (APBM Youth Dynamic Team) Zon Borneo Sabah 2025 mengikut modul rasmi APBM Port Dickson yang menekankan aspek kepimpinan, komunikasi berkesan, kerjasama kumpulan dan pengurusan konflik dalam konteks pembangunan belia.

Kursus ini bertujuan untuk membentuk pasukan kerja yang dinamik, berdisiplin serta mempunyai semangat kekitaan yang tinggi, di samping memperkukuh jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan peserta.

Pelaksanaan program ini turut memberi penekanan terhadap aktiviti luar (outdoor learning) dan latihan berasaskan pengalaman (experiential learning) yang mampu meningkatkan kemahiran kepimpinan serta keyakinan diri para peserta.

Program ini dijayakan dengan penglibatan tenaga jurulatih dan fasilitator terlatih daripada APBM Port Dickson, berpandukan modul latihan rasmi yang telah dibangunkan bagi memastikan kualiti dan keberkesanan pelaksanaan kursus di setiap zon.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Encik Mohd Syahrin bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sandakan. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan semangat kerjasama yang ditunjukkan sepanjang program, serta berharap agar ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam melaksanakan tugasan dan aktiviti pembangunan belia di peringkat komuniti masing-masing.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search