Kursus Pengurusan Program (Program Pro!) Siri 1 Tahun 2025

Besut, Terengganu – Kursus Pengurusan Program (Program Pro) Siri 1 Tahun 2025 telah berlangsung pada 4 hingga 7 September 2025 bertempat di Kompleks Rakan Muda Besut, Terengganu.
Kursus ini dianjurkan dengan tujuan untuk memperkukuhkan keupayaan para pengurus program dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan yang lebih berkesan.
Antara objektif utama kursus ini adalah untuk:
 • Meningkatkan kemahiran pengurusan program dalam kalangan pengurus program.
 • Menggunakan kaedah strategi yang sesuai bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program.
 • Mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga dan kewangan dalam menguruskan sesuatu program.
 • Meningkatkan imej dan kewibawaan pengurus program.
 • Merangka serta melaksanakan program dengan lebih berkesan dan meyakinkan.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada pengurus program dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan lebih profesional, sistematik, dan efisien selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search