Jelajah Profesionalisme Kerja Belia Belia ILKBS-IKBN Kemasik

3 September 2025 (Rabu) - Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson meneruskan Siri Jelajah Profesionalisme Kerja Belia ILKBS ke sebelah Pantai Timur. Lokasi jelajah kali ini adalah IKBN Kemasik melibat penyertaan seramai 102 peserta pelajar. Program ini bertujuan untuk mempromosi dan memberi pendedahan awal kepada kepada pelajar IKBN Kemasik tentang kerja belia sebagai satu profesion yang diiktiraf. Jelajah ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang kerja belia yang turut menyediakan pentauliahan dan mendapat persijilan SKM. Seperti jelajah sebelum ini, program ini melibatkan slot perkongsian ilmu, jom sembang dan uji minda yang memerlukan peserta menjawab soalan secara atas talian Quizzizz. Peserta program telah mendapat pendedahan tentang apa itu kerja belia serta memahami proses untuk mendapatkan pengiktirafan dan persijilan SKM. #TeamKBS #KBSMalaysia #JBSN #apbmpd #apbmpdcomeback

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search