Kursus Pengurusan Program (Program Pro!) Siri 4 Zon Borneo 2025

27 Ogos 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah melaksanakan Kursus Pengurusan Program Siri 4 bertempat di Kemena Plaza Hotel, Bintulu, Sarawak.
Program telah dilaksanakan bermula pada 25 hingga 28 Ogos 2025.
Pengisian kursus ini telah dikendalikan oleh Pengarah APBMPD, Ketua Jabatan Sains Sosial & Pengurusan UPM Sarawak, Pegawai Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Pegawai PBSK Sarekei dan Pegawai PBSK Miri.Penganjuran kursus ini memberi penekanan dalam aspek pengurusan program yang efektif, penyeliaan program, penyediaan kertas kerja yang mantap dan protokol dalam melaksanakan program. Diharap melalui kursus ini para peserta dapat merancang dan menguruskan program dengan lebih sistematik dan lancar dengan mengunakan kaedah dan strategi yg baik. Di samping mengikut ketetapan protokol program dan garis panduan yang telah ditetapkan.
#jbsn #apbmpd #kbsmalaysia #KBSMalaysia #TeamKBS

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search