Pekerja Belia Zon Timur SKM-PPT Berkampung Di Cameron Highland

Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) telah selesai melaksanakan Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio SKM-PPT Zon Timur Siri 4 Tahun 2025. Bengkel ini telah diadakan pada 12 hingga 14 Ogos 2025 dan telah dihadiri seramai 40 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Skim (Belia dan Sukan) dari JBSN/ Agensi, JBS Kelantan, JBS Terengganu, JBS Pahang, Kolej Komuniti dan IKBN di Zon Timur.
Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen terkini KBS menerusi JBSN ke arah usaha memperkasakan pembangunan belia di Malaysia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).
Objektif utama bengkel ini adalah suatu proses bimbingan dan kaedah pemetaan kepada kesemua calon bersama fasilitator yang mahir bagi melengkapkan dokumen portfolio SKM-PPT yang sedang dibangunkan sebelum layak ke sesi penilaian bersama Panel Penilai (PP) serta sesi verifikasi dengan Panel Pengesal Luaran (PPL). Calon akan dibimbing membangunkan portfolio yang mengandungi koleksi dokumen yang membuktikan keterampilan dari segi pengetahuan, kemahiran, kelayakan, pengalaman dan pencapaian yang dimiliki oleh calon serta memenuhi keperluan Standard NOSS.
Melalui pelaksanaan program secara tidak langsung memberi fokus dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi kumpulan pelaksana belia dalam hal berkaitan belia. Penerapan elemen profesionalisme kerja belia ini bertujuan untuk melonjakkan kepakaran pekerja belia ke peringkat profesional melalui program pembangunan dan latihan khusus yang berstruktur serta diiktiraf oleh pihak yang berkaitan melalui Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Ayuh !!!!!!!Pegawai Belia dan Sukan, anda perlu buktikan kemahiran yang anda ada.
Disediakan oleh:
Nurazlina binti Ramli
PP APBMPD
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search