- APBM Port Dickson
- Hits: 116
Kursus Kemahiran Memimpin Kem Perdana Majlis Perwakilan pelajar (MPP) Zon Timur 2025
- APBM Port Dickson
- Hits: 116
29 Jun 2025 – Seramai 107 orang pelajar dari ILKBS Zon Timur telah menyertai Kursus Kemahiran Memimpin Kem Perdana Majlis Perwakilan pelajar (MPP) Zon Timur. Program anjuran bersama Akademi Pembangunan Belia Malaysia (KEPIMPINAN) Port Dickson, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), IKBN Pekan, IKTBN Temerloh, IKTBN Bachok, IKBN Tanah Merah, IKBN Wakaf Tapai dan IKBN Kemasik.
Program telah dilaksanakan bermula 26 hingga 29 Jun 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Kaki Bukit, Perlis.
Antara pengisian program dan aktiviti sepanjang kursus ini adalah Taklimat Malaysia Madani, Slot Pengurusan & Kepimpinan Organisasi, Slot Kemahiran Komunikasi, Slot Pengurusan dan Pelaksanaan Program, aktiviti perkhemahan dan aktiviti luar.
Selain daripada itu, pelajar juga berpeluang merasai pengalaman menerokai keindahan Gua Kelam. Diharap melalui kursus ini dapat meningkatkan lagi kemahiran memimpin dikalangan MPP di Zon Timur.
Majlis Perasmian penutup Kursus ini telah disempurnakan oleh Encik Musa bin Salim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN