- APBM Port Dickson
- Hits: 54
JBSN KOMITED LAHIRKAN PEKERJA BELIA YANG BERTAULIAH MELALUI DKM TAHAP 4, PENYELARASAN KERJA BELIA!
- APBM Port Dickson
- Hits: 54
Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen terkini KBS menerusi JBSN ke arah usaha memperkasakan pembangunan belia di Malaysia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030). Bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
APBM PD sebagai peneraju di dalam melaksanakan segala usaha melibatkan PKB di dalam melahirkan Pekerja Belia yang bertauliah dan diiktiraf telah melaksanakan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia DKM-PPT Tahap 4 (Penyelarasan Kerja Belia) Tahun 2025.
Program DKM Tahap 4 SKM-PPT ini adalah merupakan program yang kali pertama dilaksanakan oleh JBSN dan telah dihadiri oleh seramai 36 orang calon yang terdiri dari kalangan Pegawai Skim S (Belia dan Sukan) dari pelbagai gred.
PKB ini merupakan bidang baharu yang memberi fokus utama dalam membangunkan keupayaan dan kompetensi Kumpulan Pelaksana Belia dalam hal berkaitan belia. Penerapan elemen profesionalisme kerja belia ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pekerja belia ke peringkat professional melalui program pembangunan dan latihan khusus seperti pengiktirafan daripada pihak berkaitan melalui Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN