KURSUS KEMAHIRAN MEMIMPIN KEM PERDANA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) ZON UTARA 2025

6 Julai 2025 – Seramai 88 orang pelajar dari ILKBS Zon Utara telah menyertai Kursus Kemahiran Memimpin Kem Perdana Majlis Perwakilan pelajar (MPP) Zon Utara. Program anjuran bersama Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson, Kompleks Rakan Muda Baling, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), IKBN Jitra, IKBN Naka, IKBN Seri Iskandar, IKBN Kuala Perlis, IKTBN Bukit Mertajam.
Program telah dilaksanakan bermula 3 hingga 6 Julai 2025 bertempat di Kompleks Rakan Muda Baling, Kedah.
Antara pengisian program dan aktiviti sepanjang kursus ini adalah Taklimat Malaysia Madani, Slot Pengurusan & Kepimpinan Organisasi, Slot Kemahiran Komunikasi, Slot Pengurusan dan Pelaksanaan Program, Management Games dan Persembahan Kumpulan. Diharap melalui kursus ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam menjalankan tanggung jawab sebagai MPP dan kemahiran memimpin dikalangan MPP di Zon Utara.
Majlis Perasmian penutup Kursus ini telah disempurnakan oleh Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah IKBN Jitra.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search