Kursus Pembinaan Pasukan - Belia Penang Mantap!!!

Selama 3 hari 2 malam, para belia dari Negeri Penang diuji mental dan fizikalnya dalam Kursus Pembinaan Pasukan (APBM Youth Dynamic Team) Siri 1 Zon Utara bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Seramai 36 orang peserta hadir yang terdiri dari para pemimpin organisasi dari NGO Belia, IPTA dan IPTS dalam negeri Pulau Pinang.
Sepanjang kursus berlansung, peserta menjalani aktiviti berkaitan pembentukan pasukan kerja yang mantap yang memfokuskan kepada asas pembentukan pasukan, membentuk dan mengukuhkan pasukan kerja dan budaya kerja sepasukan yang diperlukan untuk membentuk pasukan kerja yang cemerlang. Peserta turut melakukan aktiviti lasak di Escape Park Penang melibatkan aktiviti tali tinggi dan air bagi menguji mental dan fizikal para peserta.
Kursus ini ditutup dengan rasminya oleh Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Penang dan para peserta pulang dengan bekalan ilmu yang boleh dipraktikkan apabila memimpin ahli organisasi masing-masing bagi mengukuhkan lagi kerjasama ahli organisasi kea rah pembentukan pasukan kerja yang cemerlang.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search