PROFESIONALISME KERJA BELIA DI NEGERI KENYALANG!

Program Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT telah membuka gelanggang bagi pencalonan baharu pekerja belia di seluruh Malaysia untuk Tahun 2025. Bertempat di Premier Hotel, Sibu, Sabah, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) telah menganjurkan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 6 Negeri Tahun 2025. Bengkel ini telah diadakan bermula pada 18 hingga 20 Jun 2025 dan telah dihadiri seramai 44 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri, IKBN dan Pegawai Kader Skim S (Belia dan Sukan) yang bertugas di Negeri Sarawak.
Profesionalisme Kerja Belia (PKB) merupakan komitmen terkini KBS menerusi JBSN ke arah usaha memperkasakan pembangunan belia di Malaysia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sangat penting kepada Pegawai Belia dan Sukan kerana ia membuktikan tahap kemahiran profesional yang diiktiraf dalam bidang tertentu. SKM membantu pegawai meningkatkan pengetahuan teknikal dan kecekapan dalam melaksanakan program pembangunan belia dan sukan secara lebih berkesan. Di samping itu, sijil ini meningkatkan kredibiliti serta membuka peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya setara dengan kelayakan yang dimiliki. SKM juga membolehkan pegawai memberi bimbingan yang lebih berkualiti kepada belia, selaras dengan kehendak industri dan keperluan masyarakat semasa.
Ayuh Pegawai Belia dan Sukan, anda boleh!!!!!
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search