BELIA MENDALAMI KEMAHIRAN MEMIMPIN

Selama 3 hari 2 malam, para belia dari Negeri Sabah berkampung di Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah bagi menjalani Kursus Kemahiran Memimpin (Inspiring Young Leaders) Siri 4: Zon Borneo. Seramai 36 orang peserta hadir yang terdiri dari para pemimpin organisasi dari NGO Belia, IPTA dan IPTS dalam negeri Sabah.
Sepanjang kursus berlansung, peserta mendalami ilmu berkaitan kemahiran memimpin yang memfokuskan kepada ‘soft skills’ yang perlu dikuasai oleh setiap pemimpin. Antara input pembelajaran yang ditekankan adalah berkaitan membina potensi dan personaliti pemimpin, budaya kepimpinan dan juga kepimpinan dalam pembinaan pasukan. Peserta turut melakukan aktiviti lasak di Kem Outbound Negeri Sabah bagi menguji mental dan fizikal para peserta.
Kursus ini ditutup dengan rasminya oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah dan para peserta pulang dengan bekalan ilmu yang boleh dipraktikkan apabila memimpin organisasi masing-masing.
#apbmpd
#KBSMalaysia
#TeamKBS
#JBSN

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
d/a Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
70400 Seremban, Negeri Sembilan

apbm_pd@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-port-dickson.html

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search