๐๏ธ 14 Syawal 1447 (Jumaat) ๐ Petals Event Space, Shah Alam
Yang Berusaha Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor telah menghadiri Majlis Santunan Aidilfitri YB Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor. Hadir sama Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor dan Puan Nur Aini binti Mohd Jais, Pegawai Bahagian Belia JBSN Selangor.
TAYANGAN SKRIN BESAR PIALA ASIA 2027 MALAYSIA ๐ฒ๐พ MENENTANG VIETNAM ๐ป๐ณย
๐๏ธ 31 Mac 2026 (Selasa) ๐ Dataran MPKj @Stadium Kajang
Suasana meriah dan penuh semangat walaupun hujan sebelum tayangan bermula telah mewarnai perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 di antara pasukan Vietnam menentang Malaysia.
Program tayangan skrin besar ini berjaya menarik perhatian sebilangan penyokong bola sepak tempatan yang tetap memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya.
Selain tayangan skrin besar, program ini turut diwarnai dengan penganjuran Mini Games seperti sepakan penalti, timang bola dan kuiz sukan bagi menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan peminat sukan bola sepak negara.
Penganjuran program pada kali ini telah mendapat kerjasama erat daripada Majlis Perbandaran Kajang, Al Ikhsan dan IPT berhampiran.
Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong pembangunan sukan serta memperkukuh perpaduan komuniti melalui aktiviti sihat dan positif.
MESYUARAT FOCUS GROUP KESEJAHTERAAN RAKYAT PERINGKAT NEGERI SELANGOR
๐๏ธ 2 April 2026 (Khamis) ๐ Bilik Mesyuarat Perdana, ICU JPM Selangor
Menghadiri Mesyuarat Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri (MFGNg) Selangor Bil. 1 Tahun 2026 bagi tujuan pembentangan Program Pemerkasaan Belia JBSN Selangor Tahun 2026.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Datoโ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Kertas makluman Program Pemerkasaan Belia telah dibentangkan oleh Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor. Pembentangan ini bertujuan untuk memaklumkan perancangan program, inisiatif dana dalam memperkasa golongan belia serta mempertingkatkan ekonomi belia di Negeri Selangor.
APBN KEMBALI LAGI: MASANYA UNTUK ANDA BERSINAR! ๐ฅโก๏ธ
Anda belia yang aktif menyumbang kepada masyarakat? ๐ค
Jangan biarkan usaha murni anda kekal 'low profile'. Inilah masanya untuk impak anda diiktiraf di peringkat negeri dan kebangsaan melalui Anugerah Perdana Belia Negara (APBN)! ๐
Jom sertai APBN dan dapatkan peluang untuk diiktiraf atas segala usaha dan dedikasi anda dalam membangunkan negara. ๐ฒ๐พ
Jadilah inspirasi kejayaan buat jutaan belia Malaysia. ๐ช
Ada soalan? Hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor atau Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang berdekatan dengan anda sekarang! โ๏ธ
Bersama-sama ini dilampirkan dokumentasi APBN 2026 peringkat negeri untuk makluman dan tindakan pihak tuan/ puan selanjutnya. Dokumen tersebut boleh dimuat turun melalui pautan https://drive.google.com/drive/folders/1ltT7p1F9j8Zqj4KVAMJLltL7WA-76S11?usp=drive_link
JBSN Selangor telah mengesan aktiviti penipuan (scam) yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menyalahgunakan nama jabatan bagi urusan pembekalan peralatan (seperti perabot)โผ๏ธ
Mohon kerjasama pembekal tempatan agar sentiasa membuat semakan rasmi melalui sistem e-Perolehan atau berhubung terus dengan JBSN Selangor di talian โ๏ธ 03-55192325 bagi setiap pesanan yang diterima.
JEMPUTAN PERASMIAN SELANGOR BARAKAH @MMU CYBERJAYA
๐๏ธ 15 Mac 2026 (Ahad) ๐ Multipurpose Hall, MMU Cyberjaya
Sekretariat Rakan Muda Universiti Multimedia (SRM MMU) hari ini berjaya menganjurkan Program Rakan Muda Barakah: โCahaya Ramadan, Revolusi Digitalโ, sebuah inisiatif murni yang menggabungkan pengisian rohani dan pemerkasaan teknologi. Program yang berlangsung selama dua (2) hari di kampus MMU Cyberjaya ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor dan diiringi oleh Yang Berbahagia Prof. Ir. Dr. Zulfadzli Yusoff, Vice President Student Experience & Entrepreneurship Development dan Yang Berbahagia Prof. Datoโ Dr. Mazliham Mohd Suโud.
Kehadiran beliau bukan sahaja bagi menyempurnakan gimik perasmian, malah turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada 100 orang anak yatim yang diraikan dalam majlis โจ
Penganjuran program ini merupakan bukti keberkesanan pelbagai insentif yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). SRM MMU telah memanfaatkan Dana Rakan Muda secara strategik untuk memastikan kelancaran aktiviti yang merangkumi, Bengkel Revolusi Digital: Pendedahan asas teknologi kepada anak-anak yatim, Pengisian Rohani: Slot "Cahaya Ramadan" bagi memantapkan sahsiah diri dan Penyerahan Sumbangan: Bantuan kewangan dan kelengkapan bagi meringankan beban penerima.
Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Pengarah memuji proaktifnya SRM MMU dalam menggunakan dana yang disediakan kerajaan untuk impak sosial yang nyata. Beliau menekankan bahawa penguasaan digital dalam kalangan generasi muda, termasuk anak-anak yatim, adalah kritikal dalam memacu masa depan negara selaras dengan aspirasi Rakan Muda. Program ditutup dengan majlis berbuka puasa.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231