BENGKEL REFRESHER ARPRM SELANGOR 2026

BENGKEL REFRESHER ARPRM SELANGOR 2026

🗓️ 27 Jun 2026 (Sabtu)
📍 Pusat Belia Antarabangsa (IYC) KL

Sedang berlangsung Bengkel Refresher Pemimpin Bertauliah Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Selangor 2026 selama tiga (3) hari bermula 26 Jun 2026 (Jumaat). Bengkel ini bertujuan memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kompetensi dalam pengurusan program ARPRM.

Para peserta telah didedahkan kepada beberapa modul utama yang merangkumi aspek perlindungan peserta, pematuhan etika, pengurusan rekod, penilaian dan pentauliahan, penggunaan Sistem Prolog serta pengurusan peserta Tahap Emas. Selain itu, peserta turut diberikan peluang mengaplikasikan ilmu yang diperoleh melalui sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan simulasi yang menekankan kemahiran kepimpinan, komunikasi, penyelesaian masalah serta pengendalian situasi sebenar dalam pelaksanaan program ARPRM.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ARPRMSelangor

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-08-2026, 09:45:46

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search