photo_6172318095906026902_y-removebg-preview.png

Perutusan Pengarah

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

 

Selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor! Portal ini diwujudkan sebagai platform untuk berkongsi info terkini, aktiviti, peluang serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan ini ke arah pembangunan belia dan sukan negeri Selangor.

 

Generasi muda hari ini lebih dekat dengan dunia digital, maka portal ini dibangunkan dengan gaya yang mudah diakses, mesra pengguna dan sentiasa dikemaskini. Portal ini bukan sahaja menjadi platform berkongsi maklumat, tetapi juga ruang untuk anda semua berinteraksi, memberi idea, serta bersama-sama membina komuniti yang lebih positif dan proaktif.

 

Teruskan mengikuti perkembangan terkini di portal ini. Sama-sama kita jadikan teknologi sebagai wadah untuk menyebarkan informasi, menyokong kreativiti dan memperkukuh jaringan sesama warga belia negeri Selangor.

 

Bersama kita bina generasi belia yang aktif dan masyarakat yang progresif.

 

Sekian.

 

Salam “MALAYSIA MADANI”

 

Selamat Maju Jaya “BELIA SELANGOR”

 

 

Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir

Pengarah

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search