Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Selangor, semua lapisan masyarakat dijemput menyertai pelbagai aktiviti santai, menyeronokkan dan mengeratkan hubungan komuniti.
🗓️ 13-14 Jun 2026 (Sabtu & Ahad) ⏰ 10.00 pagi – 4.00 petang 📍 Kolej Matrikulasi Selangor, Banting
🏃♂️ Lari Dalam Guni 🎨 Pertandingan Mewarna 🥥 Boling Kelapa 🪑 Music Chair ♟️ Dam Haji 🎈 Tiup Belon ✨ Dan banyak lagi aktiviti santai serta menghiburkan!
⚠️ Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua!
🎊 Ayuh hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan suasana sambutan dengan penuh keceriaan dan semangat kebersamaan!
Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi kebenaran dan kerjasama untuk bacaan khutbah khas sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor di kesemua masjid dan surau kebenaran solat Jumaat seluruh Negeri Selangor pada 🗓️ 5 Jun 2026 (Jumaat).
Alhamdulillah, dua wakil ABIM Selangor turut diberi penghormatan dan amanah untuk menyampaikan khutbah Jumaat tersebut iaitu:
▪️Ust Abdul Kodir bin Shaharudin Masjid Al-Syakirin, Gombak
▪️Ust Mohd Zulkifli bin Awang Masjid UPM, Serdang
Pengiktirafan ini membuktikan keyakinan terhadap peranan belia sebagai pemimpin masyarakat dan penyampai risalah dakwah yang mampu membimbing serta menginspirasi generasi muda ke arah pembinaan negara yang sejahtera dan berteraskan nilai Islam.
Semoga amanah yang dipikul ini menjadi pemangkin kepada keterlibatan belia yang lebih aktif dalam memakmurkan masjid, memperkukuh gerakan dakwah dan menyumbang kepada pembangunan ummah serta negara.
Adakah anda bersedia untuk cabaran paling epik tahun ini? 🚀
Jom serbu Gaming Zone @ Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Selangor dan rasai pengalaman permainan yang penuh aksi, persaingan dan keseronokan bersama rakan-rakan!
🎯 Antara tarikan menanti anda: 🕹️ Konsol Gaming 🏎🟀 Racing Simulator 🎮 Cabaran Interaktif 🏆 Aktiviti Santai & Menarik Sepanjang Program
Selain Gaming Zone, pelbagai aktiviti belia turut menanti termasuk e-sukan, sukan rekreasi, seni kreatif, pameran, forum, pertandingan dan banyak lagi!
✨ Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sambutan belia terbesar di Selangor.
KEJOHANAN BOLASEPAK 7 SEBELAH PIALA GEMILANG BELIA SELANGOR 2026 🏆⚽️
🔥AYUH SAHUT CABARAN🔥
Gerakan Belia 4B (M) Negeri Selangor menjemput semua pasukan belia, komuniti, NGO, kelab sukan dan pencinta bola sepak untuk menyertai Kejohanan Bolasepak 7 Sebelah Piala Gemilang Belia Selangor 2026 sempena Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Selangor.
🗓️ 14 Jun 2026 (Ahad) ⏰ 8.00 pagi 📍 Kolej Matrikulasi Selangor, Banting
⚽ Format Kejohanan; ▪️ 7 pemain dalam padang ▪️ Maksimum 10 pemain berdaftar setiap pasukan ▪️ Terbuka kepada pemain berumur 40 tahun & ke bawah ▪️ Pertandingan dijalankan secara kompetitif & profesional
💰 Yuran Penyertaan: RM80.00 Sahaja Satu Pasukan
🏅 Hadiah Menarik Menanti Juara!
🥇 Johan; RM1,000 + Medal 🥈 Naib Johan; RM700 + Medal 🥉 Tempat Ke-3; RM300 + Medal 🏅 Tempat Ke-4; RM300 + Medal
🎯 Selain merebut hadiah wang tunai, pasukan anda juga berpeluang mengharumkan nama komuniti serta menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Belia Negara 2026 di Selangor.
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK HBN2026 NEGERI SELANGOR
🗓️ 5 Jun 2026 (Jumaat) 📍 Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)
Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk HBN Peringkat Negeri Selangor Bil. 2/2026 yang dipengerusikan oleh Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor selaku Ketua Sekretariat HBN2026 Selangor.
Mesyuarat ini melibatkan 47 rakan strategik dan rakan pelaksana terdiri daripada pelbagai Jabatan, Agensi, Syarikat swasta & Persatuan belia/ sukan yang akan membantu menjayakan Festival Belia @ HBN Peringkat Negeri Selangor 2026 pada 13 hingga 14 Jun 2026 @ KMS, Banting.
SELANGOR YOUTH CHAMPIONSHIP 2026 - Mobile Legends: Bang Bang 🔥
Adakah pasukan korang pasukan terbaik di Selangor? Inilah masanya untuk buktikan kemampuan di Land Of Dawn dan rebut gelaran juara! 🏆
Sempena Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Selangor, sertai Selangor Youth Championship 2026 dan berentap bersama pasukan-pasukan terbaik dari seluruh negeri dalam kejohanan Mobile Legends yang penuh aksi dan cabaran! ⚔️
Sudah bersedia untuk acara terbesar belia tahun ini? Jom meriahkan Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Selangor! 🇲🇾
Bawa rakan-rakan dan keluarga anda kerana pelbagai aktiviti menarik menanti selaras dengan tema "Menggerak Belia Madani". Dari seni, muzik, hinggalah ke sukan – semuanya ada! 🎸🎨🏀
Tandakan kalendar anda sekarang: 🗓️ 13 - 14 Jun 2026 (Sabtu & Ahad) 📍 Kolej Matrikulasi Selangor, Banting 💡 Tema: Menggerak Belia Madani
Anjuran bersama Majlis Belia Negeri Selangor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan disokong oleh pelbagai agensi hebat.
Jumpa korang di sana! Adakah anda Belia Selangor? Komen di bawah! 👇
KUNJUNG HORMAT & LAWATAN TAPAK HBN2026 NEGERI SELANGOR
🗓️ 3 Jun 2026 (Rabu) 📍 Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)
Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor bersama Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah JBSN Selangor dan barisan Pegawai Bahagian Pembangunan Belia JBSN Selangor telah hadir ke Sesi Kunjungan Hormat & Lawatan Tapak ke Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) bagi Pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor 2026.
Yang Berbahagia Puan Salwa Anita binti Haji Isa, Pengarah KMS bersama Pengurusan Tertinggi KMS menyambut baik bagi pelaksanaan HBN2026 Selangor yang akan dilaksanakan pada 13 hingga 14 Jun 2026 ini.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231