SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2026 (PERINGKAT SELANGOR) & UPIN IPIN STORE ON WHEELS! 🚐
Warga Banting dan sekitarnya, jom luangkan masa hujung minggu ini! Pelbagai aktiviti belia dan penampilan istimewa trak jualan rasmi Upin & Ipin menanti anda.
Pelbagai barangan keperluan asas ditawarkan pada harga rahmah bagi membantu meringankan perbelanjaan anda. Jumpa kami di tapak program dan nikmati penjimatan hebat!
KARNIVAL LINDUNG KERJAYA SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2026 ✍️
Sedang mencari pekerjaan? Ini peluang anda! 🚀 Jom rebut peluang untuk bertemu majikan dan mendapatkan pekerjaan impian anda ✨
🗓️ 13 & 14 Jun 2026 ⏰ 9.00 pagi hingga 4.00 petang 📍 Kolej Matrikulasi Selangor, Banting
✨ Majikan terlibat:
* MEWAH DAIRIES SDN BHD * KL-KEPONG OLEOMAS SDN BHD * TOP GLOVE CORPORATION BHD * ND PAPER MALAYSIA (SELANGOR) SDN BHD * SATE KAJANG HJ SAMURI MARKETING SDN BHD * RADICARE (M) SDN BHD * THE INSIDE SCOOP SDN BHD * DAYTHREE BUSINESS SERVICES SDN BHD * ORANGE COMPONENT SDN BHD * HARTALEGA NGC SDN BHD * MUHIBBIN GROUP I SDN BHD * SRI SUTHARSANAM TRAVEL AND TOUR SDN BHD * POMEN AUTODATA SDN. BHD. * AY GLOBAL VENTURES
📌 Calon yang berminat diminta untuk melengkapkan pendaftaran melalui kod QR di poster atau melalui pautan berikut: https://bit.ly/HariBeliaNegara2026
📌 Jangan lupa hadir dengan berpakaian kemas, serta membawa resume terkini, sijil-sijil yang berkaitan dan menepati masa temu duga yang telah ditetapkan.
📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi 019-3994559 (Dayana).
LIGA SUKAN WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026
Khas buat semua Warga Emas di Negeri Selangor kami mempelawa untuk menyertai Liga Sukan Warga Emas Peringkat Negeri Selangor 2026 yang bakal berlangsung dengan tujuan menggalakkan semangat kesukanan, memberi kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan Warga Emas.
Penganjuran liga ini merupakan platform terbaik dalam memperkasa penglibatan warga emas dalam aktiviti sukan di samping membudayakan kehidupan aktif dan produktif dalam komuniti.
🗓️ Tarikh Pertandingan; 21 Jun 2026 – Petanque 27 Jun 2026 – Boling 27 Jun 2026 – Dart
📍Tempat; Seperti di dalam poster rasmi pertandingan.
🎤 Ada idea yang hebat, tapi sukar nak sampaikan dengan yakin?
Jangan lepaskan peluang menyertai perkongsian eksklusif "Turning Ideas Into Winning Presentations" bersama CD Lee, Partnership Manager of ReSkills EdTech sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Selangor 2026!
💡 Pelajari teknik menyusun idea, membina keyakinan dan menyampaikan pembentangan yang mampu memberi impak kepada audiens.
🗓️ 14 Jun 2026 (Ahad) ⏰ 11.00 pagi – 12.30 tengah hari 📍 Dewan Rossel, Kolej Matrikulasi Selangor, Banting
Sama ada anda seorang pelajar, pemimpin belia, usahawan muda atau profesional yang ingin meningkatkan kemahiran komunikasi, slot ini sesuai untuk anda!
📢 Penyertaan adalah percuma. Hadir dan tingkatkan kemahiran pembentangan anda ke tahap seterusnya!
Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor telah ke udara dalam slot “Jendela Info” jam ⏰ 11.00 pagi tadi di Selangor FM 📻 bersama Dato’ Mohd Imran bin Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor.
Ayuh semua, luangkan masa untuk turun ke program Hari Belia Negara (HBN2026) Peringkat Negeri Selangor pada 🗓️ 13 hingga 14 Jun 2026 (Sabtu & Ahad) bertempat di📍Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.
Bawa rakan-rakan dan keluarga anda kerana pelbagai aktiviti menarik menanti selaras dengan tema “Menggerak Belia MADANI”. Dari seni, muzik hinggalah ke sukan— semuanya ada! 🎸🎨🏀
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231