Aidiladha mengajar kita bahawa setiap pengorbanan yang ikhlas pasti hadir dengan hikmah dan keberkatan โจ
Semangat pengorbanan bukan sahaja tentang memberi tetapi juga tentang kesatuan, keprihatinan dan kekuatan bersama dalam membina Malaysia yang lebih harmoni ๐ฒ๐พ
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H - semoga ia diraikan dengan penuh kesyukuran, keinsafan dan keikhlasan ๐
#JBSNSelangor #JBSNBersama #MalaysiaMADANI
P/s: Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati sepanjang perjalanan dan didoakan selamat pergi dan pulang! ๐
Program Pengenalan Sukan Baharu (Digital Dodgeball) Peringkat Negeri Selangor 2026 telah berjaya dilaksanakan di Atrium SACC Mall, Shah Alam.
Program yang buat julung kalinya diadakan ini mendapat kerjasama daripada Persatuan Dodgeball Malaysia (M.A.D.) serta Digital Dodgeball (HADO) sebagai rakan teknikal dalam pelaksanaan program. Negeri Selangor merupakan antara tujuh (7) negeri yang diberikan penghormatan menjayakan sukan baharu ini.ย
Penganjuran ini bertujuan memperkenalkan sukan berasaskan teknologi moden yang menggabungkan elemen fizikal dan digital, selaras dengan perkembangan sukan inovatif masa kini, di samping menarik minat komuniti terhadap sukan baharu berteraskan teknologi.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha Encik Otto Wong, Naib Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (M.A.D.), Yang Berusaha Pn Khairun Nabila binti Hashim, Executive Advertising & Promotion, SACC Mall, Shah Alam dan Uanf Berusaha Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan, JBSN Selangor.ย
Pelaksanaan program seumpama ini diharap dapat menjadi medan memperkenalkan sukan baharu berteraskan teknologi digital kepada komuniti belia setempat di samping membuka ruang pembangunan bakat dan penglibatan aktif belia dalam pelbagai jenis sukan di negeri Selangor.
KEJOHANAN WOODBALL KEBANGSAAN KALI KE-20 & PIALA THOMAS JEMPUTAN ANTARABANGSA
๐๏ธ 22 Mei 2026 (Jumaat) ๐ Laman Woodball Wawasan Puchong
Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan JBSN Selangor hadir ke Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah bagi Kejohanan Woodball Kebangsaan Kali Ke-20 & Kejohanan Woodball Piala Thomas Jemputan Antarabangsa Ke-4.
Kejohanan ini telah mendapatkan suntikan Geran Padanan Sukan (GPS) iaitu peruntukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan dianjurkan oleh Persatuan Woodball Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Persatuan Woodball (MWA) dan Kelab Woodball Wawasan.
Seramai 300 orang pemain dari dalam dan luar negara telah menyertai kejohanan ini yang telah berlangsung selama lima (5) hari bermula 20 hingga 24 Mei 2026.ย
Semoga penganjuran program ini menjadi platform yang memperkukuhkan pembangunan Sukan Woodball di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa di samping memupuk budaya hidup sihat serta semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.
KURSUS ASAS ELEKTRIK & KESELAMATAN PENDAWAIAN DOMESTIK - RAKAN MAHIR 2026
๐๏ธ 17 Mei 2026 (Ahad) ๐ GIATMARA Selayang
Encik Shafrul bin Haji Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gombak telah hadir mewakili Pengarah JBSN Selangor bagi merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Elektrik & Keselamatan Pendawaian Domestik โ Rakan Mahir 2026 yang berlangsung dengan jayanya di sini.
Program anjuran Kelab Belia Legasi Bukit Bandaraya dengan kerjasama GIATMARA Selayang ini berjaya menghimpunkan golongan belia yang berminat untuk memperkukuhkan kemahiran dalam bidang elektrik dan keselamatan pendawaian domestik selaras dengan keperluan semasa industri serta perkembangan TVET negara.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah diberikan pendedahan menyeluruh menerusi sesi teori dan latihan praktikal melibatkan asas pendawaian elektrik, pengendalian peralatan dengan kaedah yang betul dan selamat serta pematuhan prosedur keselamatan ketika menjalankan kerja-kerja elektrik domestik. Program ini secara tidak langsung mampu meningkatkan keyakinan dan kemahiran teknikal peserta sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan dan keusahawanan.
Dalam ucapan penutup, Encik Shafrul bin Haji Kadir menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur atas komitmen dalam memperkasakan pembangunan belia melalui pelaksanaan program berteraskan kemahiran. Beliau turut menegaskan bahawa program seperti ini memainkan peranan penting dalam melahirkan belia yang kompeten, berilmu, berdaya tahan serta mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti dan negara.
Beliau turut berharap agar lebih banyak program pembangunan kemahiran berimpak tinggi dapat dilaksanakan pada masa hadapan bagi membuka lebih banyak peluang kepada golongan belia untuk meningkatkan potensi diri dan kebolehpasaran dalam pelbagai sektor pekerjaan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Belia Legasi Bukit Bandaraya bersama GIATMARA Selayang atas kejayaan menganjurkan program yang memberi manfaat besar kepada komuniti setempat serta para peserta yang berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.
๐๏ธ 13 Mei 2026 (Rabu) ๐ KOMBES Negeri Selangor
Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, ย Pengarah JBSN Selangor telah menerima kunjungan daripada jawatankuasa PRispire, UiTM Shah Alam. Turut hadir Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan JBSN Selangor.
Lawatan berlangsung di Bilik Perbincangan, KOMBES Negeri Selangor yang bermakna sebagai usaha memperkukuh hubungan berterusan selain membincangkan peluang kerjasama strategik pada tahun ini ๐ช
Rakan Muda membuka peluang kepada UiTM untuk memohon bantuan Dana Rakan Muda melalui Sekretariat Rakan Muda (SRM) dan meningkatkan penyertaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) ๐
๐๏ธ 10 Mei 2026 (Ahad) ๐ Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Hampir 4,000 orang telah membanjiri dataran dengan menyertai Larian Rakan Muda 3.0 bertemakan โMahir Runโ Edisi 2026 dan acara pelepasan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawann Negeri Selangor serta Yang Berbahagia Datoโ Zabidah binti Safar, Datuk Bandar Shah Alam.
Turut berlangsung Larian Obor SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026; merupakan simbolik semangat kesukanan, perpaduan dan iltizam rakyat Negeri Selangor dalam menjayakan temasya SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 yang bakal berlangsung pada Ogos dan September tahun ini.
Program turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik antaranya larian komuniti, fun ride, persembahan pentas, aktiviti interaktif, booth pameran dan jualan, saringan kesihatan percuma, mini fun fair, petting zoo, aktiviti kanak-kanak serta pelbagai perkhidmatan kaunter bergerak MBSA untuk kemudahan orang ramai.
๐๏ธ 10 Mei 2026 (Ahad) ๐ Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Tuan Pengarah JBSN Selangor, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir telah mengetuai seramai 20 orang pelari Team JBSN Selangor dalam acara yang penuh meriah pagi tadi ๐โโ๏ธย ย Upacara perasmian yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor itu turut menyaksikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam menerima obor sebagai tanda bermulanya Larian Obor SUKMA XXII Selangor 2026.ย
Team JBSN Selangor yang telah ditempatkan di Check Point 1 turut disertai oleh Yang Berbahagia Dato' Mohd Imran Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor, Pengerusi MBS Daerah Petaling, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Petaling, Pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor serta AJK Tertinggi Majlis Belia Negeri Selangor.
Larian Team JBSN Selangor berakhir setelah obor diserahkan kepada Team IDCC yang sedia menunggu di Check Point 2 โจ
๐๏ธ 9 Mei 2026 (Sabtu) ๐ KOMBES Negeri Selangor
JBSN Selangor dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Absolute Wellness telah menganjurkan Pertandingan Biggest Loser KBS 2026 Peringkat Negeri Selangor ๐ช
Dengan penyertaan lebih 200 orang, program ini mampu memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan belia khususnya di negeri Selangor ๐๏ธโโ๏ธ
Tahniah kepada peserta yang berdaftar!ย
Teruskan menyokong inisiatif ke arah gaya hidup aktif dan kesihatan yang lebih baik! ๐ชโจ
JBSN Selangor dengan kerjasama Persatuan Dodgeball Malaysia akan menganjurkan Klinik Pengenalan Sukan Digital Dodgeball. Sukan yang menggabungkan teknologi digital dan elemen permainan interaktif serta penggunaan peralatan elektronik, sistem pemarkahan digital, lampu LED atau aplikasi mudah alih bagi merekod balingan, sentuhan, mata dan pergerakan pemain secara masa nyata.
Ayuh semua warga Selangor yang berumur 15-40 tahun, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Klinik Pengenalan Sukan Digital Dodgeball yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
๐๏ธ 24 Mei 2026 (Ahad) โฐ 9.00 pagi - 6.00 petang ๐ Atrium, SACC Mall, Shah Alam ๐ Pakaian Sukan
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231