- JBS Selangor
- Hits: 72
KURSUS ASAS ELEKTRIK & KESELAMATAN PENDAWAIAN DOMESTIK - RAKAN MAHIR 2026
- JBS Selangor
- Hits: 72
KURSUS ASAS ELEKTRIK & KESELAMATAN PENDAWAIAN DOMESTIK - RAKAN MAHIR 2026
🗓️ 17 Mei 2026 (Ahad)
📍 GIATMARA Selayang
Encik Shafrul bin Haji Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gombak telah hadir mewakili Pengarah JBSN Selangor bagi merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Elektrik & Keselamatan Pendawaian Domestik – Rakan Mahir 2026 yang berlangsung dengan jayanya di sini.
Program anjuran Kelab Belia Legasi Bukit Bandaraya dengan kerjasama GIATMARA Selayang ini berjaya menghimpunkan golongan belia yang berminat untuk memperkukuhkan kemahiran dalam bidang elektrik dan keselamatan pendawaian domestik selaras dengan keperluan semasa industri serta perkembangan TVET negara.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah diberikan pendedahan menyeluruh menerusi sesi teori dan latihan praktikal melibatkan asas pendawaian elektrik, pengendalian peralatan dengan kaedah yang betul dan selamat serta pematuhan prosedur keselamatan ketika menjalankan kerja-kerja elektrik domestik. Program ini secara tidak langsung mampu meningkatkan keyakinan dan kemahiran teknikal peserta sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan dan keusahawanan.
Dalam ucapan penutup, Encik Shafrul bin Haji Kadir menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur atas komitmen dalam memperkasakan pembangunan belia melalui pelaksanaan program berteraskan kemahiran. Beliau turut menegaskan bahawa program seperti ini memainkan peranan penting dalam melahirkan belia yang kompeten, berilmu, berdaya tahan serta mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti dan negara.
Beliau turut berharap agar lebih banyak program pembangunan kemahiran berimpak tinggi dapat dilaksanakan pada masa hadapan bagi membuka lebih banyak peluang kepada golongan belia untuk meningkatkan potensi diri dan kebolehpasaran dalam pelbagai sektor pekerjaan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Belia Legasi Bukit Bandaraya bersama GIATMARA Selayang atas kejayaan menganjurkan program yang memberi manfaat besar kepada komuniti setempat serta para peserta yang berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#DanaRakanMuda
#DRM2026
