- JBS Selangor
- Hits: 45
PROGRAM PENGENALAN SUKAN BAHARU DIGITAL DODGEBALL
- JBS Selangor
- Hits: 45
PROGRAM PENGENALAN SUKAN BAHARU DIGITAL DODGEBALL
🗓️ 24 Mei 2026 (Ahad)
📍 SACC Mall
Program Pengenalan Sukan Baharu (Digital Dodgeball) Peringkat Negeri Selangor 2026 telah berjaya dilaksanakan di Atrium SACC Mall, Shah Alam.
Program yang buat julung kalinya diadakan ini mendapat kerjasama daripada Persatuan Dodgeball Malaysia (M.A.D.) serta Digital Dodgeball (HADO) sebagai rakan teknikal dalam pelaksanaan program. Negeri Selangor merupakan antara tujuh (7) negeri yang diberikan penghormatan menjayakan sukan baharu ini.
Penganjuran ini bertujuan memperkenalkan sukan berasaskan teknologi moden yang menggabungkan elemen fizikal dan digital, selaras dengan perkembangan sukan inovatif masa kini, di samping menarik minat komuniti terhadap sukan baharu berteraskan teknologi.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha Encik Otto Wong, Naib Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (M.A.D.), Yang Berusaha Pn Khairun Nabila binti Hashim, Executive Advertising & Promotion, SACC Mall, Shah Alam dan Uanf Berusaha Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan, JBSN Selangor.
Pelaksanaan program seumpama ini diharap dapat menjadi medan memperkenalkan sukan baharu berteraskan teknologi digital kepada komuniti belia setempat di samping membuka ruang pembangunan bakat dan penglibatan aktif belia dalam pelbagai jenis sukan di negeri Selangor.
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanAktif
