- JBS Selangor
- Hits: 36
KEJOHANAN WOODBALL KEBANGSAAN KALI KE-20 & PIALA THOMAS JEMPUTAN ANTARABANGSA
- JBS Selangor
- Hits: 36
KEJOHANAN WOODBALL KEBANGSAAN KALI KE-20 & PIALA THOMAS JEMPUTAN ANTARABANGSA
🗓️ 22 Mei 2026 (Jumaat)
📍 Laman Woodball Wawasan Puchong
Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan JBSN Selangor hadir ke Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah bagi Kejohanan Woodball Kebangsaan Kali Ke-20 & Kejohanan Woodball Piala Thomas Jemputan Antarabangsa Ke-4.
Kejohanan ini telah mendapatkan suntikan Geran Padanan Sukan (GPS) iaitu peruntukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan dianjurkan oleh Persatuan Woodball Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Persatuan Woodball (MWA) dan Kelab Woodball Wawasan.
Seramai 300 orang pemain dari dalam dan luar negara telah menyertai kejohanan ini yang telah berlangsung selama lima (5) hari bermula 20 hingga 24 Mei 2026.
Semoga penganjuran program ini menjadi platform yang memperkukuhkan pembangunan Sukan Woodball di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa di samping memupuk budaya hidup sihat serta semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#GeranPadananSukan
#GPS2026
