- JBS Selangor
- Hits: 81
LARIAN OBOR SUKMA XXII SELANGOR 2026
- JBS Selangor
- Hits: 81
LARIAN OBOR SUKMA XXII SELANGOR 2026
🗓️ 10 Mei 2026 (Ahad)
📍 Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Tuan Pengarah JBSN Selangor, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir telah mengetuai seramai 20 orang pelari Team JBSN Selangor dalam acara yang penuh meriah pagi tadi 🏃♂️
Upacara perasmian yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor itu turut menyaksikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam menerima obor sebagai tanda bermulanya Larian Obor SUKMA XXII Selangor 2026.
Team JBSN Selangor yang telah ditempatkan di Check Point 1 turut disertai oleh Yang Berbahagia Dato' Mohd Imran Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor, Pengerusi MBS Daerah Petaling, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Petaling, Pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor serta AJK Tertinggi Majlis Belia Negeri Selangor.
Larian Team JBSN Selangor berakhir setelah obor diserahkan kepada Team IDCC yang sedia menunggu di Check Point 2 ✨
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
