LARIAN RAKAN MUDA 3.0 @ MAHIR RUN

LARIAN RAKAN MUDA 3.0 @ MAHIR RUN

🗓️ 10 Mei 2026 (Ahad)
📍 Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Hampir 4,000 orang telah membanjiri dataran dengan menyertai Larian Rakan Muda 3.0 bertemakan “Mahir Run” Edisi 2026 dan acara pelepasan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawann Negeri Selangor serta Yang Berbahagia Dato’ Zabidah binti Safar, Datuk Bandar Shah Alam.

Turut berlangsung Larian Obor SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026; merupakan simbolik semangat kesukanan, perpaduan dan iltizam rakyat Negeri Selangor dalam menjayakan temasya SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 yang bakal berlangsung pada Ogos dan September tahun ini.

Program turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik antaranya larian komuniti, fun ride, persembahan pentas, aktiviti interaktif, booth pameran dan jualan, saringan kesihatan percuma, mini fun fair, petting zoo, aktiviti kanak-kanak serta pelbagai perkhidmatan kaunter bergerak MBSA untuk kemudahan orang ramai.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanMuda
#YakinBoleh

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-08-2026, 10:16:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search