SAMBUTAN HBN 2026 NEGERI SELANGOR GEGAR KUALA LANGAT🔥⚡️
Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor menyempurnakan perasmian sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor bertempat di📍Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.
Seramai lebih 5,000 orang membanjiri Sambutan HBN 2026 Peringkat Negeri Selangor dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh penganjur untuk pengunjung iaitu melalui lima (5) Segmen/ Pavilion utama antaranya seperti Segmen Penciptaan dan Peluang Pekerjaan, Segmen Kepimpinan & Keusahawanan, Segmen Malaysia Aktif 🏀, Segmen Inovasi & Digital dan Segmen Kebudayaan, Kesenian 🎨 & Muzik 🎸.
Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 🏆 sebagai pengiktirafan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberi impak besar kepada komuniti seperti berikut;
🎖️Kategori Individu Lelaki: Saudara Zulkhairi bin Zainal Hisham
🎖️Kategori Individu Wanita: Saudari Alyaa Amirah binti Mohd Zambri
🎖️Kategori Pertubuhan Belia: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Bangi
Hadir sama memeriahkan majlis Tuan Shamsuhaime bin Basir, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) JBSN, Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor, Yang Mulia Tengku Rohana binti Tengku Nawawi, Pegawai Daerah & Tanah Kuala Langat, Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd S.M.S, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, Tuan Mohamad Nizam bin Marjugi, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor serta Yang Berbahagia Dato' Mohd Imran bin Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor✨
Tahniah Belia Selangor! ❤️💛
#JBNSSelangor
#BeliaMADANI
#HBNSEL26
#KitaSelangor
#MenggerakBelia
- JBS Selangor
- Hits: 16
