PROGRAM KIBAR NEGERI SELANGOR 2026
🗓️ 25 April 2026 (Khamis)
📍 Banghuris Homestay, Sepang
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSN Selangor) telah melaksanakan Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Selangor. Program ini merangkumi pelbagai pengisian seperti pameran interaktif, aktiviti kesukarelawanan, ziarah kasih, sukan komuniti dan sesi dialog Malaysia bersama Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.
Antara objektif pelaksanaannya adalah untuk meningkatkan penyertaan belia, memperluas akses kepada inisiatif kerajaan serta menyediakan platform komunikasi dua hala antara belia dan pihak kerajaan.
Terdahulu YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026. Turut hadir, YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan YBrs. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN.
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaAktif
#KIBARSelangor2026
- JBS Selangor
- Hits: 54
