- JBS Selangor
- Hits: 52
PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
- JBS Selangor
- Hits: 52
PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
🗓️ 12 April 2026 (Ahad)
📍 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah bersama JBSN Selangor telah mengadakan Program Santuni Pertubuhan Belia Tahun 2026 Peringkat Negeri Selangor (SejaTi MADANI X BELIA). Seramai 368 orang peserta telah menghadiri sesi taklimat tersebut. 🤝
Objektif utama program adalah untuk memperkasa kepimpinan muda dan meningkatkan kualiti pertubuhan belia melalui pendedahan kepada amalan tadbir
urus yang baik, peranan strategik pertubuhan belia dan nilai kepimpinan berintegriti.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Pengarah JBSN Selangor, Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir. Turut hadir dalam Majlis tersebut Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), wakil Pengarah Pembangunan (ICU) Negeri Selangor, wakil Pegawai Pejabat Daerah & Tanah Petaling, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Langat dan Sabak Bernam.
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
