PROGRAM BIGGEST LOSER KBS 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
π₯β‘Telah Berakhir Program Biggest Loser KBS 2025 Peringkat Negeri Selangor
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Fakulti Sains Sukan Rekreasi UiTM Shah Alam dan Kelab Sukan Kecergasan Absolute Wellness telah berjaya menganjurkan Program Biggest Loser KBS 2025 Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung bermula 19 April hingga 23 Ogos 2025 ποΈ
Sesi Penyampaian Hadiah kepada yang berjaya meraih gelaran sebagai pemenang akan berlangsung pada 20 September 2025 sempena Karnival ππ»ββοΈππ»Malaysia Aktif Peringkat Negeri SelangorΒ
FUN RUN & FUN WALK ROAD TO MALAYSIA AKTIF SELANGOR 2025
ποΈ 24 Ogos 2025 (Ahad) π Tasik Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam
JBSN Selangor dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Absolute Wellness dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 15 telah melaksanakan Road To Malaysia Aktif Selangor 2025 sempena program Merdeka Fit Run.Β
Flag Off Fun Run & Fun Walk 5KM telah disempurnakan oleh YB Tuan Dr Gunarajah A/L R George, ADN Sentosa. Hadir sama Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan JBSN Selangor
PRA PENDAFTARAN KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN RENANG (KLAS) FASA 2 PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2025 KINI DIBUKA, TEMPAT ADALAH TERHAD! βΌοΈοΈ
Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif KBS dalam usaha untuk mengurangkan kadar kematian akibat lemas di seluruh negara. Program ini diharap dapat memberikan pendedahan asas berenang kepada peserta (learn to swim) πΒ
Bagi Fasa 2, program ini terbuka kepada:
β : Kanak-kanak daripada keluarga B40 berumur 6 hingga 12 tahun (Bukan daripada golongan OKU)
πGombak πKuala Selangor πKlang
Sekiranya tuan/ puan berminat untuk mendaftar, boleh mengisi borang ini bagi pra-pendaftaran program KLAS Renang. Peserta yang terawal dan menepati syarat penyertaan program akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi pengesahan penyertaan program. Sila klik pautan pendaftaran untuk mendaftar atau imbas code QR bagi mendapatkan senarai lokasi dan maklumat lanjut π
Tempat adalah TERHAD tauβ
β Borang pra pendaftaran ini akan ditutup/ tidak dapat di akses apabila telah penuh penyertaan.
βΌοΈ PENYERTAAN ADALAH PERCUMA! (Tiada bayaran dikenakan bagi penyertaan program ini)
π Pendaftaran secara dalam talian melalui pautan:
https://forms.gle/qtEUp4jMXTvSGeAJ7
βοΈ Tertakluk kepada syarat dan kelayakan penyertaan yang mana peserta terawal dan menepati syarat penyertaan program akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi pengesahan penyertaan program. ππ»
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231