🗓️ 9 Disember 2025 (Selasa) 📍 Sungai Besar, Sabak Bernam
Susulan kejadian banjir yang melanda kawasan Sungai Panjang baru-baru ini, satu program pasca bencana telah dijalankan melibatkan pasukan sukarelawan belia bagi membantu membersihkan kawasan dan menyantuni 🤝 mangsa yang terjejas. Seramai 20 orang sukarelawan terdiri daripada Belia Surau Desa Kasih, Sukarelawan Rakan Muda dan Kelab Belia BNO telah digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan misi bantuan komuniti ✨
Puan Madekhah binti Mohamad Zam, Pegawai Belia & Sukan Daerah Sabak Bernam bersama Encik Aidiezam bin Dollah Kosnan, Tok Sidang Kawasan Sungai Panjang turut meninjau keadaan semasa selain memberi semangat 🙌 kepada para sukarelawan yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan.
Program ini memberi tumpuan kepada tiga aktiviti utama iaitu ziarah dan menyantuni mangsa banjir, membersihkan dan mengemas kawasan📍Masjid Nurul Hidayah, serta membersihkan beberapa rumah penduduk yang terjejas banjir.
Komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para sukarelawan amat dihargai dan telah membantu menjayakan misi bantuan pada kali ini 💪
Berlangsung meriah dengan lebih 200 orang penyertaan yang terdiri daripada Sekretariat Rakan Muda, Kelab Rakan Muda dan Badan Operasi Rakan Muda 🙌 sempena program Treasure Hunt Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Selangor pada 🗓️ 7 Disember 2025 (Ahad) bertempat📍di Taman Botani Negara, Shah Alam.
Aktiviti bermula tepat ⏰ jam 11.00 pagi dengan taklimat keselamatan sebelum peserta dilepaskan secara berkumpulan. Setiap pasukan perlu menyelesaikan pelbagai tugasan fizikal, teka-teki kreatif serta mencari klu tersembunyi di sepanjang laluan yang mencabar tetapi menyeronokkan 💪
SESI PODCAST HKBM2025 “BELIA PENGGERAK SUKARELAWAN SELANGOR”
🗓️ 7 Disember 2025 (Ahad) ⏰ 10.00 pagi 📍 Taman Botani Negara, Shah Alam
Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menjemput Encik Danish Nazran bin Murad, Global Peace Mission Malaysia 🌎 ke Sesi Podcast Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2025 bertajuk “Belia Penggerak Sukarelawan Selangor” dan Puan Azlina binti Zainal, Penolong Pegawai Belia dan Sukan berperanan sebagai moderator ✨
Encik Danish antara wira Global Sumud Flotilla (GSF) yang berlayar ke Gaza— membawa suara solidariti dunia menentang penindasan 😇
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231