- JBS Selangor
- Hits: 34
PROGRAM PASCA BANJIR NEGERI SELANGOR 2025
- JBS Selangor
- Hits: 34
PROGRAM PASCA BANJIR NEGERI SELANGOR 2025
๐๏ธ 9 Disember 2025 (Selasa)
๐ Sungai Besar, Sabak Bernam
Susulan kejadian banjir yang melanda kawasan Sungai Panjang baru-baru ini, satu program pasca bencana telah dijalankan melibatkan pasukan sukarelawan belia bagi membantu membersihkan kawasan dan menyantuni ๐ค mangsa yang terjejas. Seramai 20 orang sukarelawan terdiri daripada Belia Surau Desa Kasih, Sukarelawan Rakan Muda dan Kelab Belia BNO telah digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan misi bantuan komuniti โจ
Puan Madekhah binti Mohamad Zam, Pegawai Belia & Sukan Daerah Sabak Bernam bersama Encik Aidiezam bin Dollah Kosnan, Tok Sidang Kawasan Sungai Panjang turut meninjau keadaan semasa selain memberi semangat ๐ kepada para sukarelawan yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan.
Program ini memberi tumpuan kepada tiga aktiviti utama iaitu ziarah dan menyantuni mangsa banjir, membersihkan dan mengemas kawasan๐Masjid Nurul Hidayah, serta membersihkan beberapa rumah penduduk yang terjejas banjir.
Komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para sukarelawan amat dihargai dan telah membantu menjayakan misi bantuan pada kali ini ๐ช
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanPrihatin
#YakinBoleh
