Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat seluruh keluarga dan kenalan kami di mana jua anda berada 🌙
Semoga Ramadan kali ini menjadi pemangkin untuk kita bersama-sama memperbaiki diri, memperkukuh keimanan, mendekatkan diri kepada Allah SWT serta terus menebar kebaikan kepada semua 🤝
Nantikan maklumat lanjut mengenai program serta aktiviti kerohanian dan kecergasan yang akan kami anjurkan khas buat anda sepanjang bulan Ramadan ini! 💪
SESI TAKLIMAT DANA BANTUAN PEMBANGUNAN BELIA DAN RAKAN MUDA KEPADA PERTUBUHAN BELIA NEGERI SELANGOR
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSN Selangor) telah melaksanakan Sesi Taklimat Dana Bantuan Pembangunan Belia & Rakan Muda (e-SPSB) pada 16 Februari 2026 secara dalam talian melalui Google Meet.
Taklimat yang dipengerusikan oleh Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor, turut dihadiri oleh Puan Norazreen, Timbalan Pengarah, Encik Jasalilawadi, Penolong Pengarah Kanan, Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah dan Pegawai-pegawai Jabatan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan berkenaan: 📌Garis panduan terkini dan syarat permohonan bantuan e-Bantuan, SPSB 📌Takwim Permohonan e-Bantuan, SPSB bagi tahun 2026 📌Dokumen serta proses permohonan melalui sistem e-Bantuan, SPSB
Sesi ini turut melibatkan penyertaan pertubuhan belia berdaftar di Selangor bagi memastikan setiap organisasi lebih bersedia merancang program berkualiti dan berimpak tinggi untuk pembangunan belia negeri.
Sebarang maklumat lanjut layari Portal KBS www.kbs.gov.my atau hubungi pegawai JBSN Selangor seperti berikut :
- Penyelaras Bantuan Belia - Encik Fakhrulllah Firdaus ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ) - Penyelaras Bantuan Sukan - Puan Nor Hasida ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ) - Penyelaras Bantuan Rakan Muda - Encik Azlan ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ) - Semua PBSD yang berhampiran
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan komited dalam memperkukuh agenda pembangunan belia Selangor.
KEJOHANAN BADMINTON BELIA SHAH ALAM 2026 TARIK PENYERTAAN KOMUNITI BELIA
🗓️ 14 Februari 2026 (Sabtu) 📍 X-Park Sunway South Quay Badminton Arena, Shah Alam
Kelab Belia Teras Taman Sri Muda telah berjaya menganjurkan Kejohanan Badminton Belia Shah Alam 2026 melalui peruntukan Program Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) yang telah diselaraskan oleh pihak JBSN Selangor. Seramai 94 orang peserta yang terdiri daripada belia sekitar Shah Alam serta kelab-kelab belia dan sukan jemputan lain telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Hairudin bin Mohd Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Petaling. Beliau juga berharap lebih banyak lagi persatuan dan kelab belia bergerak aktif dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti dan masyarakat.
LAWATAN RASMI PERBADANAN STADIUM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
🗓️ 10 Februari 2026 (Selasa) 📍 KOMBES Negeri Selangor
Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor telah menerima kunjungan rasmi daripada Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman (PSNK) ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Selangor bagi mendapatkan pendedahan berkaitan fasiliti stadium Kompleks Belia dan Sukan Negeri (KOMBES) Selangor, pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan sukan serta operasi kompleks sukan bertaraf antarabangsa.
Selamat datang ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Selangor diucapkan kepada Puan Nur Amirah binti Rosman, Pembantu Tadbir Gred N1, yang akan memulakan tugas di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak.
PELANCARAN GERAKAN SUKARELAWAN SUKMA XXII & Para SUKMA SELANGOR 2026
🗓️ 8 Februari 2026 (Ahad) 📍 Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor hadir ke majlis pelancaran tersebut yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir, Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Yang Berbahagia Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk-Datuk Bandar dan Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor, YBrs. Ahli-Ahli Majlis dan Pengurusan Tertinggi MBSA.
Ayuh warga Selangor, anda diseru untuk tampil sebagai sukarelawan. Daftar sekarang di www.selangor2026.com. Penyertaan anda bukan sahaja membantu menjayakan temasya, malah menjadikan kita sebahagian daripada sejarah besar sukan negara ini.
Dengan dokongan semua pihak, insya-Allah SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026 akan berlangsung dengan penuh profesionalisme serta meninggalkan kenangan manis dalam lipatan sejarah.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231