- JBS Selangor
- Hits: 24
SESI TAKLIMAT DANA BANTUAN PEMBANGUNAN BELIA DAN RAKAN MUDA KEPADA PERTUBUHAN BELIA NEGERI SELANGOR
- JBS Selangor
- Hits: 24
SESI TAKLIMAT DANA BANTUAN PEMBANGUNAN BELIA DAN RAKAN MUDA KEPADA PERTUBUHAN BELIA NEGERI SELANGOR
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSN Selangor) telah melaksanakan Sesi Taklimat Dana Bantuan Pembangunan Belia & Rakan Muda (e-SPSB) pada 16 Februari 2026 secara dalam talian melalui Google Meet.
Taklimat yang dipengerusikan oleh Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor, turut dihadiri oleh Puan Norazreen, Timbalan Pengarah, Encik Jasalilawadi, Penolong Pengarah Kanan, Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah dan Pegawai-pegawai Jabatan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan berkenaan:
📌Garis panduan terkini dan syarat permohonan bantuan e-Bantuan, SPSB
📌Takwim Permohonan e-Bantuan, SPSB bagi tahun 2026
📌Dokumen serta proses permohonan melalui sistem e-Bantuan, SPSB
Sesi ini turut melibatkan penyertaan pertubuhan belia berdaftar di Selangor bagi memastikan setiap organisasi lebih bersedia merancang program berkualiti dan berimpak tinggi untuk pembangunan belia negeri.
Sebarang maklumat lanjut layari Portal KBS www.kbs.gov.my atau hubungi pegawai JBSN Selangor seperti berikut :
- Penyelaras Bantuan Belia - Encik Fakhrulllah Firdaus (
- Penyelaras Bantuan Sukan - Puan Nor Hasida (
- Penyelaras Bantuan Rakan Muda - Encik Azlan (
- Semua PBSD yang berhampiran
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan komited dalam memperkukuh agenda pembangunan belia Selangor.
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#BeliaSelangor
