PELANCARAN GERAKAN SUKARELAWAN SUKMA XXII & Para SUKMA SELANGOR 2026

PELANCARAN GERAKAN SUKARELAWAN SUKMA XXII & Para SUKMA SELANGOR 2026

🗓️ 8 Februari 2026 (Ahad)
📍 Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor hadir ke majlis pelancaran tersebut yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir, Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Yang Berbahagia Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam,  Datuk-Datuk Bandar dan Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor, YBrs. Ahli-Ahli Majlis dan Pengurusan Tertinggi MBSA. 

Ayuh warga Selangor, anda diseru untuk tampil sebagai sukarelawan. Daftar sekarang di www.selangor2026.com. Penyertaan anda bukan sahaja membantu menjayakan temasya, malah menjadikan kita sebahagian daripada sejarah besar sukan negara ini.

Dengan dokongan semua pihak, insya-Allah SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026 akan berlangsung dengan penuh profesionalisme serta meninggalkan kenangan manis dalam lipatan sejarah.

Rentak Kita, Aksi Kita.

📸 : Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#KitaSelangor
#Selangor2026

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 27-03-2026, 15:10:10

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search