MINI KARNIVAL RAKAN MUDA & FUN SPORT KOMUNITI @KAM KBS 2025
🗓️ 2 November 2025 (Ahad) 📍 Kampung Sungai Lui, Batu 20, Hulu Langat
Seawal jam 7.30 pagi, ketibaan Yang Berhormat Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat bagi menyempurnakan Acara Pelepasan Berbasikal & Larian Fun Sport Komuniti 🏁
Program ini merupakan inisiatif untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan secara santai, menyeronokkan dan mesra keluarga. la menekankan elemen kesihatan, perpaduan dan gaya hidup aktif melalui sukan bukan kompetitif, berbentuk rekreasi dan interaksi sosial.
Pada sebelah petang pula, majlis dimeriahkan dengan ketibaan Yang Berhormat Datuk Wira Johan bin Abd Aziz, ADUN Dusun Tua bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah 🙌
Berikut merupakan aktiviti/ acara yang disediakan; - Berbasikal 10KM - Larian 3KM - Mewarna Kanak-kanak * Lari Dalam Guni * Tarik Tali Kategori Lelaki & Wanita * 3 on 3 Futsal * Netball Shoot Out * Pameran Agensi Kerajaan * Aerobik 90 Minit * Persembahan Orang Asl * Persembahan Silat
Terima kasih tak terhingga kepada penduduk Kampung Sungai Lui, Batu 20 yang diketuai oleh Encik Mohd Amdan bin Kamso atas sambutan yang amat memberangsangkan! 👏
TUJUH PERTUBUHAN BELIA SELANGOR MENERIMA SIJIL PENARAFAN BINTANG
🗓️ 2 November 2025 (Ahad) 📍 Dewan Semai Bakti Felda Gunung Besout 3, Perak
Pertubuhan Belia Selangor menerima Sijil Penarafan Bintang Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) sempena Majlis Penutupan Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) 2.0 Tahun 2025 Peringkat Zon Tengah.
Senarai penerima penarafan bintang 🌟🌟🌟🌟🌟
✨MAJLIS BELIA HINDU MALAYSIA (HYO)
✨MAJLIS BELIA SELANGOR DAERAH PETALING
✨MAJLIS BELIA NEGERI SELANGOR
✨GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG NEGERI SELANGOR (GPMS)
✨MAJLIS BELIA SELANGOR DAERAH KUALA SELANGOR
✨MAJLIS BELIA SELANGOR DAERAH HULU SELANGOR
✨MAJLIS BELIA SELANGOR DAERAH KLANG
Penyampaian Sijil Penarafan Bintang tersebut disampaikan oleh YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Turut meraikan majlis, Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor dan Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor serta pegawai-pegawai JBSN Selangor.
PERTANDINGAN FOOTGOLF SEMPENA KARNIV SUKAN KOMUNITI KBS
🗓️ 1 November 2025 (Sabtu) 📍 Kelab Golf Pulau Carey
JBSN Selangor telah menghantar dua (2) pasukan dalam pertandingan footgolf sempena Karnival Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Kejohanan yang buat julung kalinya diadakan dan menghimpunkan warga KBS dari pelbagai skim dan jabatan, telah mendapat sambutan dengan 13 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut.
Pasukan JBSN Selangor All Star telah berjaya menduduki tempat ketiga apabila pasukan yang diketuai oleh Muhammad Rozaimi, Mohd Safree, Juwaidi dan As Shahir mengumpul 320 skor.
Pasukan JBSN Selangor juga turut berbangga apabila Best Individual Score menjadi milik Muhammad Rozaimi (66). Azlan Sap turut mencuri perhatian dengan membuat sepakan Hole in One di lubang ke 10.
JBSN Kedah telah mengungguli kejohanan manakala KBS Team E menduduki tempat kedua. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Faedzal bin Md Ramli, SUB Antarabangsa, KBS.
Ayuh luangkan masa anda! Pelbagai aktiviti diadakan; ▪️Larian 3KM ▪️Basikal 10KM ▪️3 on 3 Futsal ▪️Aerobik 1 Jam ▪️Shootout Bola Jaring ▪️Tarik Tali Kategori Lelaki & Wanita ▪️Pertandingan Lari Dalam Guni
Maklumat program tersebut adalah seperti berikut; 🗓️ 2 November 2025 (Ahad) ⏰ 8.00 pagi - 2.00 petang 📍 Dewan Serbaguna Kampung Sungai Lui, Hulu Langat
🗓️ 28 - 30 November 2025 📍 New York Hotel, Johor Bahru
Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor bersama Puan Nur Aini binti Mohd Jais, Pegawai Pembangunan Belia JBSN Selangor telah hadir ke Bengkel Post-Mortem Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2025 dan Perancangan APBN 2026.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM RAKAN MUDA TURUN KAMPUS 2025
🗓️ 30 Oktober 2025 (Khamis) 📍 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
Puan Malisha Nurhanani binti Mustaffa Kamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Petaling bersama Encik Mohd Lalkhasman bin Mohamad Nor, Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Selangor telah hadir ke mesyuarat tersebut yang diketuai oleh Encik Fadzil Hadri bin Mohd Nawawi, Pegawai Tugas-tugas Khas (PTTK) Yang Berhormat Menteri (YBM).
Program Rakan Muda Turun Kampus: Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan dilaksanakan pada 6 November 2025 (Khamis).
LAWATAN KERJA KE PROJEK PEMBAIKAN RUMAH SANTUNI MADANI
🗓️ 29 Oktober 2025 (Rabu) 📍 Kampung Orang Asli Buluh Telor
Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor diiringi Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah JBSN Selangor dan Puan Normiza binti Kadar Maidin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor telah membuat lawatan kerja di sini sempena Projek Pembaikan Rumah Santuni MADANI.
Projek ini merupakan kerjasama di antara KBS-ATM Bagi Pasukan 2 SKN RAJD. Sebanyak sepuluh (10) buah rumah telah dipilih bagi projek pembaikan tersebut bermula 26 September 2025 (Jumaat) yang lalu.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231