ποΈ 20 Ogos 2025 (Rabu) π Tingkat 3, Bangunan Sultan Hisamuddin Alam Shah, Bangi
Yang Berusaha Pengarah JBSN Selangor, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir diiringi Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Kanan hadir ke satu lawatan kerja rasmi. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pengoperasian PBSD Hulu Langat, memantau kemudahan serta mengadakan sesi pertemuan bersama pegawai dan kakitangan.
ROAD TO MALAYSIA AKTIF SELANGOR 2025: MERDEKA FIT RUN πββοΈΒ
ποΈ 24 Ogos 2025 (Ahad) π Tasik Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam π https://forms.gle/KQpa5rZLKtV5whbCA
JBSN Selangor dengan sokongan Absolute Wellness dan MPP Zon 15 akan melaksanakan Road To Malaysia Aktif Selangor 2025 sempena program Merdeka Fit Run.Β
Penyertaan terhad kepada 200 orang sahaja! π²
Ayuh daftar, melalui link https://forms.gle/KQpa5rZLKtV5whbCA atau imbas kod qr di poster!
ποΈ 23 Ogos 2025 (Sabtu) β° 8.00 pagi - 10.30 pagi π KOMBES Negeri Selangor
Persediaan Sebelum Timbangan; - Pastikan nombor badan dengan urusetia - Pastikan anda berada dalam keadaan rehat sekurang-kurangnya dua (2) jam selepas makan berat - Elakkan minum terlalu banyak air sejurus sebelum timbang - Tanggalkan kasut, jaket, topi, atau aksesori berat sebelum naik ke penimbang
Pakaian Semasa Timbangan; - Pakai pakaian berwarna cerah dan ringan supaya gambar lebih jelas - Elakkan pakaian berwarna gelap kerana ia boleh mengganggu ketepatan visual dan kontras gambar - Elakkan pakaian tebal atau berlapis-lapis
Proses Semasa Timbangan; - Berdiri tegak di atas penimbang - Pastikan nombor bacaan berat stabil sebelum dicatat - Petugas akan mengambil gambar penuh untuk rekod akhir
π Perhatian;
1. Sila hadir tepat pada masa untuk mengelakkan kesesakan
2. Jika tidak dapat hadir, maklumkan kepada pihak pengurusan awal
ποΈ 19 Ogos 2025 (Selasa) π Kompleks Rakan Muda (KRM) Klang
Yang Berusaha Pengarah JBSN Selangor, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir diiringi Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Kanan dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang hadir ke satu lawatan kerja rasmi. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pengoperasian PBSD Klang, memantau kemudahan serta mengadakan sesi pertemuan bersama pegawai dan kakitangan.
TAKLIMAT KERJA BERSAMA PENGARAH JBSN SELANGOR π
ποΈ 18 Ogos 2025 (Isnin) π Bilik Mesyuarat JBSN Selangor
Sedang berlangsung satu sesi perjumpaan dan taklimat bersama Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor yang baharu. Hadir ke sesi tersebut ialah Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Kanan, Penolong Pengarah dan semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah di negeri Selangor. Sesi ini diadakan bagi memperkenalkan barisan kepimpinan serta memberi pendedahan mengenai hala tuju, visi dan misi organisasi.
Sesi tersebut turut disertai dengan sesi soal jawab yang memberi peluang kepada barisan kepimpinan untuk berinteraksi secara langsung dengan Tuan Pengarah dalam mengemudi Jabatan Belian dan Sukan Negeri Selangor pada masa hadapan πͺ
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS PENGARAH JBSN SELANGOR π₯β¨
Seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ingin mengucapkan selamat datang kepada Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir atas pelantikan sebagai Pengarah JBSN Selangor yang baharu berkuat kuasa 18 Ogos 2025 (Isnin) π
Selamat menjalankan tugas dan didoakan agar JBSN Selangor terus maju dan cemerlang di bawah kepimpinan Yang Berusaha Tuan Pengarah πͺ
MAJLIS PELANCARAN LOGO, MASKOT, TEMA DAN PERKIRAAN DETIK SATU TAHUN BAGI SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026 π«
ποΈ 15 Ogos 2025 (Jumaat) π Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam
Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor hadir ke Majlis Pelancaran Logo, Maskot, Tema dan Perkiraan Detik Satu Tahun Bagi SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026 π
Majlis yang dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohamad Norza bin Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan merangkap Pengerusi SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026, YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan serta YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan).
Turut diadakan penyerahan cek cura kepada para rakan penaja rasmi dan rakan rasmi penyiaran serta penyerahan cek cura oleh rakan kerjasama strategik dan rakan kerjasama prasarana bagi SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231