🗓️ 20 Mac 2025 (Khamis) 📍 Pusat Belia Antarabangsa (IYC), KL
Saudari Maryam Soffeyah binti Ismail (Sepang) telah merangkul gelaran Johan Kategori Wanita 🏆 di Pertandingan Hafazan Rakan Muda Ramadan Peringkat Kebangsaan Tahun 2025. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan diiringi oleh Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Turut hadir Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor dan Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah JBSN Selangor.
Tahniah diucapkan buat adik Maryam! Anda kebanggaan Selangor 🖤
PENYERTAAN HAFAZAN SELANGOR KE PERINGKAT KEBANGSAAN 🌙
🗓️ 20 Mac 2025 (Khamis) 📍 Pusat Belia Antarabangsa (IYC), KL
Saudara Muhammad Thaqif bin Muhamad Radhi (Sabak Bernam) dan saudari Maryam Sofeyyah binti Ismail (Sepang) telah hadir untuk menyertai Pertandingan Hafazan Rakan Muda Ramadan Peringkat Kebangsaan bagi mewakili negeri Selangor. Program ini bertujuan menjadi satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan Al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian.
Turut mengiringi Encik Mohd Shahril bin Jaflus, Pegawai Bahagian Rakan Muda JBSN Selangor 🙌
Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyertai program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 👏 Bermula seawal jam 9.00 pagi, pentas dibuka dengan Pertandingan Hafazan Rakan Muda Ramadan, diteruskan dengan Pertandingan Azan & Iqomah dan pengisian sampingan iaitu Gotong Royong Bubur Lambuk 🙌
Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan diiringi oleh Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan, JBSN Selangor serta Encik Masnizam bin Mansor, Timbalan Nazir Masjid Setia Alam.
Turut hadir Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor, Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor, Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah JBSN Selangor dan barisan Pegawai Belia dan Sukan Daerah 🫡
Berikut merupakan senarai pemenang;
▪️Pertandingan Hafazan (Lelaki) 🥇 Muhammad Thaqif bin Muhamad Radhi (Sabak Bernam) 🥈 Muhammad Luqman bin Muhd Hakim (Kuala Selangor) 🥉 Mohamad Anas Hisaini bin Noor Raziff (Sepang)
SESI PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) NEGERI SELANGOR 2025
JBSN Selangor hari ini telah melaksanakan Penilaian bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Selangor yang melibatkan tiga (3) kategori iaitu Kategori Individu Lelaki, Individu Wanita dan Pertubuhan Belia. Majlis Penyampaian APBN Peringkat Negeri 2025 akan dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri 2025 yang dijadualkan pada 🗓️ 16 hingga 18 Mei 2025 bagi memberi pengiktirafan tertinggi negara kepada belia di Malaysia.
Seramai 24 orang calon bagi kategori Individu lelaki & wanita hadir dalam sesi penilaian manakala bagi kategori pertubuhan belia penilaian diadakan di setiap premis pertubuhan belia.
Sesi penilaian APBN peringkat negeri Selangor bagi tahun 2025 melibatkan 6 orang panel yang terdiri daripada :-
Kategori Individu 1. YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Haji Mohd Yusof (Ketua Panel) 2. YBhg. Profesor Madya Dr. Mohd Mursyid bin Ahmad 3. Encik Shahrin bin Ahmad
Kategori Pertubuhan Belia 1. Encik Mod Nadzri bin Yaacob (Ketua Panel) 2. Puan Nurhamizah binti Kamarun Majif 3. Encik Mohd Zairi bin Rosli
Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor telah menyampaikan hasrat dan ucapan terima kasih kepada semua panel yang bertanggungjawab untuk meneliti, menilai serta memilih pemenang APBN Peringkat Negeri Selangor bagi Tahun 2025.
MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PROGRAM BIGGEST LOSER KBS 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
🗓️ 11 Mac 2025 (Selasa) 📍 Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Mesyuarat tersebut membincangkan pelaksanaan Program Biggest Loser KBS 2025 Peringkat Negeri Selangor yang akan bermula pada bulan April 2025 melibatkan sasaran penyertaan kepada masyarakat awam dalam Negeri Selangor. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Hadir sama dalam sesi perbincangan ini melibatkan rakan strategik utama iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Institut Sukan Negara (ISN), Fakulti Sains Sukan Rekreasi UiTM Shah Alam dan Kelab Sukan Kecergasan Absolute Wellness.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231