Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor telah menerima kunjungan daripada Sailfish Swim Academy bagi membincangkan perkhidmatan renang di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor 👍
Pihak Sailfish Sdn. Bhd merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kelas renang di Lembah Klang. Pihak syarikat telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai Program Kemahiran Latihan Asas (KLAS) Renang 2025 dan pihak syarikat ingin meneroka potensi kerjasama dengan JBSN Selangor dalam menyediakan perkhidmatan renang sebagai sebahagian daripada inisiatif ini 🫡
🗓️ 22 Januari 2025 (Rabu) 📍 Bilik Mesyuarat, KOMBES Selangor
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi membincangan kerjasama untuk menjalankan program dan aktiviti yang bersesuaian di antara pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Mahasiswa MSU secara tidak langsung mengeratkan hubungan badan kerajaan dengan mahasiswa 🫡
Sesi kunjungan ini dipengerusikan oleh Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor dan hadir sama Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan, JBSN Selangor serta Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah, JBSN Selangor 😇
📣 Terbuka kepada usahawan belia (18-35 tahun) pengeluar makanan ‘ready to eat’ yang ingin mempertingkatkan jangka hayat produk sedia ada tanpa sebarang penggunaan pengawet 📣
Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Pusat Belia Antarabangsa akan menganjurkan Kursus Asas Teknologi Retort pada:
🗓️ 15hb Februari 2025 (Sabtu) ⏰ 8.00 pagi - 5.00 ptg 📍 Pusat Belia Antarabangsa, Cheras
* Retort adalah cara moden untuk memastikan sesuatu produk makanan kekal segar sehingga 2 tahun, tanpa sebarang penggunaan pengawet. * Peserta akan belajar teori proses retort dan latihan amali * Sijil akan diberikan * Di akhir kursus, para peserta akan lebih memahami berkenaan perincian teknikal proses retort dan manfaat dalam penyediaan makanan

🔊TAKLIMAT DANA SUKAN KBS (GPS & DSK) 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Adakah anda terlibat dalam sukan di peringkat persatuan/kelab sukan yang berdaftar di bawah PJS & pertubuhan belia yang berdaftar di bawah ROY?.Kini peluang untuk memajukan aktiviti sukan anda semakin cerah dengan Geran Padanan Sukan & Dana Sukan Komuniti di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan!
🌟 Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info GPS & DSK KBS 2025 yang lebih terperinci!
⚡Jom sertai TAKLIMAT DANA SUKAN KBS (DSK & GPS) 2025 pada 27 Januari 2025 (Isnin) dengan mendaftar pada pautan 👇🏻

89 PERTUBUHAN BELIA NEGERI SELANGOR MENERIMA SIJIL STAR RATING BAGI TAHUN 2023
Shah Alam, 18 Januari 2025 - Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Bintang (Star Rating) kepada Pertubuhan Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor sempena Kejohanan Pickleball dan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB Najwan Halimi.
Star Rating ini sebagai pengiktirafan secara formal kepada pertubuhan belia dalam pengurusan tatakelola yang baik kepada Badan Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Sebanyak 89 Pertubuhan Belia menerima sijil Star Rating bagi tahun 2023 :
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 13 Pertubuhan Belia
⭐️⭐️⭐️⭐️ 39 Pertubuhan Belia
⭐️⭐️⭐️ 37 Pertubuhan Belia
Pertubuhan Belia yang mendapat Star Rating mempunyai kelebihan dan keistimewaan serta nilai tambah bagi pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri dan Kebangsaan khususnya. Selain itu, keutaamaan bagi permohonan Bantuan Aktiviti NGO dan Dana Sukan Komuniti serta pelbagai platform program pembangunan belia negeri Selangor.
Antara kriteria utama dalam penarafan bintang adalah berdasarkan kepada 5 komponen utama (core element) penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) yang dilaporkan setiap tahun iaitu: 1) Mesyuarat Agung tahunan 2) Keahlian 3) Kewangan 4) Aktiviti 5) Ahli Jawatankuasa
Majlis penyampaian Sijil Penarafan Star Rating bagi 5 bintang disampaikan oleh oleh YB Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor dan YBhg Dato’ Mohd Imran bin Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor. Tahniah dan syabas kepada semua penerima Star Rating tahun 2023. Semoga menjadi inspirasi kepada semua Pertubuhan Belia di Negeri Selangor
KEMERIAHAN SUKAN PICKLEBALL DAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA YB NAJWAN HALIMI
🗓️ 18 Januari 2025 📍Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Kemeriahan program Penggalakan Sukan Untuk Semua Peringkat Negeri Selangor telah menyaksikan kehadiran rakan-rakan strategik Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor yang menyertai Kejohanan Pickleball dan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB Najwan Halimi.
Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor telah merasmikan program tersebut dengan membuat pukulan Pickleball bersama-sama YBrs. Pn Azura Hj Sarbin Pengarah JBS Selangor.
Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB Najwan Halimi menyaksikan 5 pasukan yang bertanding iaitu Majlis Belia Negeri Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor, ABIM Negeri Selangor, YB EXCO X PeBS serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Johan Bola Sepak 9 Sebelah telah dimenangi oleh Pasukan YB EXCO X PeBS diikuti Naib Johan oleh Pasukan ABIM Negeri Selangor. Tempat ketiga bersama dari Pasukan JBS Selangor dan Majlis Sukan Negeri Selangor.
Bagi acara Pickleball, penyertaan adalah sebanyak 18 pasukan yang melibatkan 2 kategori iaitu Beregu Campuran (8 pasukan) dan Beregu Lelaki (10 pasukan). Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Mohd Imran bin Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor diiringi oleh Encik Jasalilawadi bin Jahi Penolong Pengarah Kanan, JBS Selangor.
PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN UNTUK SEMUA, SUKAN PICKLEBALL & BOLA SEPAK 9 SEBELAH MENJADI PILIHAN
🗓️ 18 Januari 2025 ( Sabtu) 📍 Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor melalui Bahagian Pembangunan Sukan akan melaksanakan program Penggalakan Sukan Untuk Semua yang melibatkan sukan Pickleball dan Bola Sepak 9 Sebelah dengan penglibatan Rakan-rakan strategik serta Persatuan Belia dan Persatuan Sukan.
YB Najwan Halim, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan akan merasmikan program tersebut serta membuat sepak mula sebagai simbolik bermulanya pertandingan.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231