🗓️ 11 Mei 2025 (Ahad) 📍 Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Lebih 6,000 orang telah menyertai Larian Rakan Muda bertemakan Pink Kaler Fun Run Edisi 2025 serta acara pelepasan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam dan diiringi oleh Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan JBSN Selangor 🏁
🗓️ 17 & 18 Mei 2025 ⏰ 10.00 pagi - 10.00 malam 📍 KSL Esplanade Mall Klang
Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) akan mengisi segmen reruai sempena HBN2025 Negeri Selangor dengan aktiviti interaktif selain sesi penerangan berkaitan latihan kemahiran dalam bidang Perkhidmatan Kedi dan bidang Operasi Golf & Sukan bagi mengikuti latihan sepenuh masa di AKBG 😇
Layari maklumat lanjut di: https://beliaselangor.org
KEJOHANAN MLBB SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR 🕹️
🗓️ 17 & 18 Mei 2025 ⏰ 9.00 pagi - 7.00 petang 📍KSL Esplanade Mall Klang
Anda berpeluang memenangi hadiah terkumpul bernilai RM 2,000.00 sepanjang dua hari penuh aksi 🎮✨
Juara : RM 1,000.00 Naib Juara : RM 500.00 Tempat Ketiga : RM 300.00 Tempat Keempat : RM 200.00
Info lanjut boleh didapati melalui link 🔗 tersebut; https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeNbO6R-jGes5A14cQIfQ4_tX3V1b4aO-iOuCGau70Y0oVbIw/viewform
PROMOSI HBN 2025 SELANGOR @SLOT SELAMAT PAGI MALAYSIA (NADI SERI PAGI) 🎤 📸
Telah berlangsung satu sesi mempromosikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 yang dihadiri oleh Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersama Dato’ Mohd Imran bin Tamrin, Presiden, Majlis Belia Negeri Selangor (MBS) di Slot Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) pada 🗓️ 11 Mei 2025 (Ahad) tempat jam. ⏰ 8.15 pagi. Turut hadir, Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor dan Jawatankuasa Media HBN2025 Negeri Selangor 🙌
SLOT SPM SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR 🎤 📸
Ayuh saksikan Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersama Dato' Mohd Imran bin Tamrin, Presiden, Majlis Belia Negeri Selangor (MBS) bersiaran langsung mempromosikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor 2025 di Slot Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) ✨
🗓️ 11 Mei 2025 (Ahad) ⏰ 8.15 pagi
Pelbagai program, aktiviti riadah belia dan sukan dianjurkan bagi meraikan sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Selangor kali ini 🙌
KARNIVAL TEMUDUGA MYFUTUREJOBS SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR ✍️
🗓️ 17 & 18 Mei 2025 ⏰ 10.30 pagi - 5.00 petang 📍 KSL Esplanade Mall, Klang
✨ Majikan terlibat:
* TENPOWER MALAYSIA SDN BHD * SUPERLON WORLDWIDE SDN BHD * WANG - ZHENG BERHAD * FLASH MALAYSIA EXPRESS SDN BHD * MAXIS * CHEMSTATION DISTRIBUTION SDN BHD * TOPGLOVE CORPORATION BERHAD * KPJ KLANG SPECIALIST * CARSOME SDN BHD * DYNASUN SDN BHD * AIK JOO CAN FACTORY SDN BHD * SHIPCO TRANSPORT SDN BHD * HANDAL INDAH SDN BHD * KL-KEPONG OLEOMAS SDN BHD * REKABRICK (M) SDN BHD * GO COACH GLOBAL SDN BHD * RADICARE (M) SDN BHD * PKL MANUFACTURERS SDN BHD * MEWAH GROUP SDN BHD * LEOCH BATTERY (M) SDN BHD
📌 Calon yang berminat diminta untuk melengkapkan pra pendaftaran melalui kod QR di poster sebelum hadir ke sesi temu duga.
📌 Jangan lupa untuk hadir dengan membawa resume terkini, sijil-sijil yang berkaitan, berpakaian kemas dan tepati masa temu duga yang telah ditetapkan.
📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi 019-2969318 (Qayum) dan 019-3994559 (Dayana).
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231