Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyertai program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 👏 Bermula seawal jam 9.00 pagi, pentas dibuka dengan Pertandingan Hafazan Rakan Muda Ramadan, diteruskan dengan Pertandingan Azan & Iqomah dan pengisian sampingan iaitu Gotong Royong Bubur Lambuk 🙌
Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan diiringi oleh Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan, JBSN Selangor serta Encik Masnizam bin Mansor, Timbalan Nazir Masjid Setia Alam.
Turut hadir Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor, Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor, Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah JBSN Selangor dan barisan Pegawai Belia dan Sukan Daerah 🫡
Berikut merupakan senarai pemenang;
▪️Pertandingan Hafazan (Lelaki) 🥇 Muhammad Thaqif bin Muhamad Radhi (Sabak Bernam) 🥈 Muhammad Luqman bin Muhd Hakim (Kuala Selangor) 🥉 Mohamad Anas Hisaini bin Noor Raziff (Sepang)
SESI PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) NEGERI SELANGOR 2025
JBSN Selangor hari ini telah melaksanakan Penilaian bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Selangor yang melibatkan tiga (3) kategori iaitu Kategori Individu Lelaki, Individu Wanita dan Pertubuhan Belia. Majlis Penyampaian APBN Peringkat Negeri 2025 akan dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri 2025 yang dijadualkan pada 🗓️ 16 hingga 18 Mei 2025 bagi memberi pengiktirafan tertinggi negara kepada belia di Malaysia.
Seramai 24 orang calon bagi kategori Individu lelaki & wanita hadir dalam sesi penilaian manakala bagi kategori pertubuhan belia penilaian diadakan di setiap premis pertubuhan belia.
Sesi penilaian APBN peringkat negeri Selangor bagi tahun 2025 melibatkan 6 orang panel yang terdiri daripada :-
Kategori Individu 1. YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Haji Mohd Yusof (Ketua Panel) 2. YBhg. Profesor Madya Dr. Mohd Mursyid bin Ahmad 3. Encik Shahrin bin Ahmad
Kategori Pertubuhan Belia 1. Encik Mod Nadzri bin Yaacob (Ketua Panel) 2. Puan Nurhamizah binti Kamarun Majif 3. Encik Mohd Zairi bin Rosli
Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor telah menyampaikan hasrat dan ucapan terima kasih kepada semua panel yang bertanggungjawab untuk meneliti, menilai serta memilih pemenang APBN Peringkat Negeri Selangor bagi Tahun 2025.
MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PROGRAM BIGGEST LOSER KBS 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
🗓️ 11 Mac 2025 (Selasa) 📍 Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Mesyuarat tersebut membincangkan pelaksanaan Program Biggest Loser KBS 2025 Peringkat Negeri Selangor yang akan bermula pada bulan April 2025 melibatkan sasaran penyertaan kepada masyarakat awam dalam Negeri Selangor. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Hadir sama dalam sesi perbincangan ini melibatkan rakan strategik utama iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Institut Sukan Negara (ISN), Fakulti Sains Sukan Rekreasi UiTM Shah Alam dan Kelab Sukan Kecergasan Absolute Wellness.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Selangor kembali lagi dengan program Rakan Muda Ramadan 🌙
Program ini merupakan salah satu platform pengisian aktiviti belia pada bulan Ramadan yang dilaksanakan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dengan pelbagai aktiviti kerohanian dan beberapa pertandingan 💪
Boleh rujuk poster untuk mengetahui aktiviti yang akan dilaksanakan di peringkat Negeri Selangor;
🗓️ 17 Mac 2025 (Isnin) 📍 Masjid Setia Alam, Shah Alam
Agrobelia Lestari 2025 satu program khas untuk Persatuan/ Pertubuhan Belia yang nak menceburi atau mengembangkan projek dalam bidang pertanian.
Kalau anda ada idea yang bagus dalam bidang pertanian moden, agrotourism, akuakultur, penternakan, tanaman komersial atau projek berkaitan, inilah masanya untuk merealisasikan idea tersebut!
✨ Apa yang persatuan anda akan dapat? ✨
📚Latihan eksklusif untuk tingkatkan ilmu & kemahiran
💰 Dana projek untuk bantu melancarkan bidang pertanian Pementoran/ Guide sepanjang tempoh projek dijalankan
🗓️ Sebelum atau pada 13 April 2025! Jangan terlambat. Mohon sekarang!
Imbas QR sekarang & hantar permohonan! 🔗
📩 Ada soalan? DM atau email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MESYUARAT TEKNIKAL PERTANDINGAN RAKAN MUDA RAMADAN 🌙
🗓️ 5 Mac 2025 (Rabu) 📍 KOMBES Negeri Selangor
Mesyuarat tersebut membincangkan pelaksanaan program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada 17 Mac 2025 (Isnin) bertempat di Masjid Setia Alam, Shah Alam.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dijemput untuk menjadi juri dan teknikal bagi Pertandingan Hafazan dan Pertandingan Azan & Iqamah Peringkat Negeri Selangor 😇
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231