🗓️ 17 September 2025 (Rabu) 📍 Bilik Mesyuarat JBSN Selangor
Kunjung hormat kepada Pengarah JBSN Selangor, Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir bagi sesi perkenalan dan membincangkan hala tuju serta kerjasama strategik melalui program-program dibawah seliaan JBSN Selangor.
Hadir pada hari ini Presiden Majlis Belia Negeri Selangor (MBS), Yang Berbahagia Dato’ Mohd Imran bin Tamrin bersama beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi MBS.
Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN Selangor dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Selayang Baru telah menganjurkan program Summer Camp Rakan Muda Peringkat Negeri Selangor pada 🗓️ 13 hingga 15 September 2025 bertempat di📍Cherating Lagoona Villa Resort dengan penyertaan organik seramai 53 orang.
Majlis penutup program disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Ahmad Irshadi bin Abdullah Al-Qari DIMP., Ahli Yang Dilantik Negeri Pahang diiringi Puan Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah JBSN Selangor dan Puan Nor Hashekin binti Abdul Aziz, Penolong Pengarah JBSN Pahang.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung; * Ice Breaking * Management Games * Obstacle Course * Night Walk * Zumba * Mangrove River Cruise * Jungle Trekking * Water Rafting * Flying Fox
Terima kasih kepada team Cherating Lagoona Resort atas pengurusan yang baik! 🙌
Ayuh kita meriahkan Malaysia Aktif Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 dengan aktiviti sihat untuk semua peringkat umur! 💪
🗓️ 20 September 2025 (Sabtu) 📍 Taman Tasik Cyberjaya
Antara aktiviti yang menarik menanti anda; ✅ Fun Run 5KM ✅ Fun Walk 3KM ✅ Aerobicthon Challenge ✅ Bikeerg Sprint Challenge ✅ Jump Rope Challenge ✅ X-Plorace OKU ✅ Demonstrasi Silambam ✅ Demonstrasi Wushu ✅ Pameran Interaktif ✅ Pound Fitness
SESI PERBINCANGAN PROGRAM PESTA TRADISI KITA - WAJA DIRI RAKAN MUDA ✍️
🗓️ 9 September 2025 (Selasa) 📍 KOMBES Negeri Selangor
Tuan Haji Mohamed Faid bin Haji Musa, Naib Presiden 1 PESAKA Malaysia bersama Encik Habizan bin Othman, Setiausaha PESAKA Malaysia meluangkan masa hadir ke sesi perbincangan Program Pesta Tradisi Kita - Waja Diri Rakan Muda Peringkat Negeri Selangor yang akan berlangsung pada 🗓️ 21 September 2025 (Ahad) bertempat di📍Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Turut hadir, wakil daripada Kelab Belia Jatidiri Tamu Hill dari Hulu Selangor 🙌
MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN MALAYSIA AKTIF PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025 ⚡🏋🏻🏃🏻♀️
Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Mini Karnival Malaysia Aktif Peringkat Negeri Selangor 2025 pada 8 September 2025 (Isnin) bertempat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Hadir sama, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor.
Program ini akan diadakan pada: 🗓️ 20 September 2025 (Sabtu) 📍 Taman Tasik Cyberjaya
Antara Aktiviti Utama: ✅ Fun Run 5KM ✅ Fun Walk 3KM ✅ Aerobicthon Challenge & Pelbagai lagi aktiviti menarik
Rakan strategik utama bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Sukan Negeri Selangor, Jabatan/ Agensi Kerajaan Negeri dan Daerah Sepang & Ngo’s Sukan yang dilantik sebagai pengendali aktiviti-aktiviti.
Jumpa anda di Malaysia Aktif Selangor 2025!⚡🏃🏻🏃🏻♀️
Ayuh sertai Program Pengenalan Sukan Baharu - FLAG FOOTBALL Peringkat Negeri Selangor; 🗓️ 28 September 2025 (Ahad) 📍 Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Daftar segera! 🔗 https://docs.google.com/forms/d/1Q7uPRuFzhkeQrrd18-mL2kBYR96hUZsSLseDTapecCI/edit
✅ Terhad kepada peserta berumur 15 hingga 40 tahun sahaja
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231