- JBS Selangor
- Hits: 100
?? PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR TURUN PADANG MENYANTUNI IBU BAPA DAN PESERTA KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 3 2024 NEGERI SELANGOR
Pengarah turun padang bagi menyantuni ibu bapa dan peserta disamping membuat pemantauan pelaksanaan Program KLAS Renang Fasa 3 2024 Negeri Selangor pada 27 November 2024 (Rabu) di bawah kendalian Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang bertempat di Kolam Renang Botanic Resort Club, Klang.
Sesi KLAS Renang (Kategori kanak - kanak daripada golongan keluarga B40) melibatkan 40 orang peserta ini telah bermula pada 14 November yang lalu dan hari ini merupakan sesi ke 4 pelaksanaan dan akan berakhir pada 29 November 2024 melibatkan enam (6) sesi latihan keseluruhannya.
Sesi 'turun padang' ini merupakan salah satu inisiatif pihak pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bagi melihat keberkesanan program ini dalam mencapai objektif dan KPI yang telah disasarkan.
Hadir sama dalam sesi ini, Encik Thana Rajandram, Pengurus Botanic Resort Club dan Encik Murugapperumal Pillai A/L Subramaniam, Pegawai Belia & Sukan Daerah Klang.
#JBSNSelangor
#RakanAktif
#YakinBoleh
#CergasBersama
#KLASRenang2024Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 100
