Bulan Ramadan diimarahkan dengan penganjuran program Rakan Muda yang akan berlangsung di peringkat Daerah dan Negeri! ๐ฒ ๐ ย Ayuh sertai Pertandingan Hafazan Peringkat Daerah, serlahkan bakat anda!
Hadiah wang tunai menanti anda: โ๏ธ Johan RM 200.00 โ๏ธ Naib Johan RM 150.00 โ๏ธ Tempat Ketiga RM 100.00
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) di seluruh Negeri Selangor โ๏ธย
โ๏ธ Kelab Rakan Muda โ๏ธ Sekretariat Rakan Muda IPT โ๏ธ Badan Operasi ARPRM
Peranan dan kerjasama pelbagai pihak amat signifikan dalam menyediakan program serta aktiviti yang berupaya menggilap potensi anak muda di samping penerapan nilai-nilai positif ๐ช
Justeru, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) mempelawa mana-mana kelab/ persatuan/ pertubuhan bukan kerajaan/ Sekretariat Rakan Muda IPT/ Badan Operasi ARPRM/ Kelab Rakan Muda untuk memohon dana bantuan bagi pembangunan belia dan pelaksanaan program di bawah inisiatif Rakan Muda ๐ค
Kami menyeru anda untuk mengambil peluang ini! Imbas kod QR di poster โ
Semua permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan ๐
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk poster atau hubungi Sekretariat di talian 03-88713324/ 03-88713738 โ๏ธ
KUNJUNG HORMAT MAJLIS BELIA SELANGOR - JBSN SELANGOR 2025 ๐โจ
๐๏ธ 17 Februari 2025 ๐Bilik Mesyuarat, JBSN Selangor
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menerima kunjung hormat daripada barisan kepimpinan Majlis Belia Selangor (MBS) yang diketuai oleh YBhg. Datoโ Imran Tamrin, Presiden MBS Selangor bagi membincangkan hala tuju pembangunan belia negeri Selangor bagi tahun 2025 ๐ค Turut hadir dalam sesi kunjung hormat ini adalah Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Kanan, Penolong Pengarah dan semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah ๐
Pelbagai pandangan dan cadangan telah dibincangkan dalam penambahbaikan pelaksanaan program pembangunan belia, sukan dan rakan muda bersama Rakan Strategik iaitu MBS Selangor dan Majlis Belia Daerah (MBD) di peringkat akar umbi ๐ซก
Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu di Malaysia! โจ
Semoga perayaan ini membawa keindahan dan kebahagiaan buat anda sekeluarga. Bagi yang menyambut, kami berharap perjalanan anda selamat dan lancar. ๐๐
Kami mencari belia-belia hebat yang telah memberikan sumbangan luar biasa kepada masyarakat dan negara! Inilah masa untuk anda diiktiraf melalui Anugerah Perdana Belia Negara! ๐
Jom sertai Anugerah Perdana Belia Negara dan dapatkan peluang untuk diiktiraf atas segala usaha dan dedikasi anda dalam membangunkan negara. Dan yang paling menarik, hadiah wang tunai sehingga RM50,000 menanti anda!๐๐
Maklumat Lanjut: ๐น Untuk penyertaan, imbas kod QR untuk maklumat lanjut.
๐น Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah berhampiran anda.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi inspirasi kepada generasi belia yang lain! ๐๐ช
๐๏ธ 8 Februari 2025 (Sabtu) ๐ KOMBES Negeri Selangor
Kelab Kebajikan Keluarga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (Team JBS Selangor) telah menganjurkan Karnival Sukan Muhibbah Enam Penjuru (SUKMEP) Tahun 2025 dengan penyertaan daripada Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak dan Selangor selaku tuan rumah. Objektif pelaksanaan SUKMEP ini adalah untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan pegawai dan kepimpinan melalui sukan ๐
Majlis Penyampaian Hadiah SUKMEP telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Azli bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam dan diiringi oleh Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor serta barisan Pengarah dan YDP Kelab daripada Negeri jemputan ๐
Sebanyak tujuh (7) acara dipertandingan dan berikut merupakan kedudukan yang dimenangi oleh Team JBS Selangor; - Futsal Lelaki ๐ฅย - โ Futsal Wanita ๐ฅย - โ Karom ๐ฅ - โ Pickleball ๐ฅย - โ Ping Pong ๐ฅ - โ Olahraga ๐ฅ - โ Tarik Tali ๐ฅ
Tahniah Selangor! Perjuangan diteruskan pada edisi akan datang ๐ซก
๐๏ธ 7 Februari 2025 (Jumaat) ๐ KOMBES Negeri Selangor
Seusai bacaan Yasiin, satu Taklimat Akhir sempena pelaksanaan Karnival Sukan Muhibbah Enam Penjuru (SUKMEP) Tahun 2025 telah disampaikan oleh Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ๐
Persediaan menerima kunjungan daripada setiap kontinjen dari empat (4) negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perak telah dilaksanakan dengan sebaiknya ๐ช
Karnival Sukan Muhibbah Enam Penjuru (SUKMEP) Tahun 2025 menghimpunkan enam negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak dan Selangor selaku tuan rumah ๐โโ๏ธ yang akan berlangsung pada 8 Februari 2025 (Sabtu) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor๐
Enam (6) acara dipertandingkan iaitu Futsal, Karom, Pickleball, Ping Pong, Tarik Tali dan Olahraga ๐
Siapakah yang bakal menjadi juara keseluruhan? Sama-sama kita nantikan ๐โจ
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231