MESYUARAT TEKNIKAL PERTANDINGAN RAKAN MUDA RAMADAN πΒ
ποΈ 5 Mac 2025 (Rabu) π KOMBES Negeri Selangor
Mesyuarat tersebut membincangkan pelaksanaan program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada 17 Mac 2025 (Isnin) bertempat di Masjid Setia Alam, Shah Alam.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dijemput untuk menjadi juri dan teknikal bagi Pertandingan Hafazan dan Pertandingan Azan & Iqamah Peringkat Negeri Selangor π
KUNJUNG HORMAT MYSKILLS FOUNDATION KE JBSN SELANGOR
ποΈ 5 Mac 2025 (Rabu) π KOMBES Negeri Selangor
Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menerima kunjungan daripada MySkills Foundation π€ Turut hadir Puan Normiza binti Kadar Maidin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor dan Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Kunjungan ini menjurus kepada pelaksanaan program Rakan Muda selain berminat untuk mewujudkan Sekretariat Rakan Muda dan Kelab Rakan Muda di peringkat akademik MySkills Foundation π
Bulan Ramadan diimarahkan dengan penganjuran program Rakan Muda yang akan berlangsung di peringkat Daerah dan Negeri! π² π Β Ayuh sertai Pertandingan Hafazan Peringkat Daerah, serlahkan bakat anda!
Hadiah wang tunai menanti anda: βοΈ Johan RM 200.00 βοΈ Naib Johan RM 150.00 βοΈ Tempat Ketiga RM 100.00
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) di seluruh Negeri Selangor βοΈΒ
βοΈ Kelab Rakan Muda βοΈ Sekretariat Rakan Muda IPT βοΈ Badan Operasi ARPRM
Peranan dan kerjasama pelbagai pihak amat signifikan dalam menyediakan program serta aktiviti yang berupaya menggilap potensi anak muda di samping penerapan nilai-nilai positif πͺ
Justeru, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) mempelawa mana-mana kelab/ persatuan/ pertubuhan bukan kerajaan/ Sekretariat Rakan Muda IPT/ Badan Operasi ARPRM/ Kelab Rakan Muda untuk memohon dana bantuan bagi pembangunan belia dan pelaksanaan program di bawah inisiatif Rakan Muda π€
Kami menyeru anda untuk mengambil peluang ini! Imbas kod QR di poster β
Semua permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan π
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk poster atau hubungi Sekretariat di talian 03-88713324/ 03-88713738 βοΈ
KUNJUNG HORMAT MAJLIS BELIA SELANGOR - JBSN SELANGOR 2025 πβ¨
ποΈ 17 Februari 2025 πBilik Mesyuarat, JBSN Selangor
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menerima kunjung hormat daripada barisan kepimpinan Majlis Belia Selangor (MBS) yang diketuai oleh YBhg. Datoβ Imran Tamrin, Presiden MBS Selangor bagi membincangkan hala tuju pembangunan belia negeri Selangor bagi tahun 2025 π€ Turut hadir dalam sesi kunjung hormat ini adalah Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Kanan, Penolong Pengarah dan semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah π
Pelbagai pandangan dan cadangan telah dibincangkan dalam penambahbaikan pelaksanaan program pembangunan belia, sukan dan rakan muda bersama Rakan Strategik iaitu MBS Selangor dan Majlis Belia Daerah (MBD) di peringkat akar umbi π«‘
Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu di Malaysia! β¨
Semoga perayaan ini membawa keindahan dan kebahagiaan buat anda sekeluarga. Bagi yang menyambut, kami berharap perjalanan anda selamat dan lancar. ππ
Kami mencari belia-belia hebat yang telah memberikan sumbangan luar biasa kepada masyarakat dan negara! Inilah masa untuk anda diiktiraf melalui Anugerah Perdana Belia Negara! π
Jom sertai Anugerah Perdana Belia Negara dan dapatkan peluang untuk diiktiraf atas segala usaha dan dedikasi anda dalam membangunkan negara. Dan yang paling menarik, hadiah wang tunai sehingga RM50,000 menanti anda!ππ
Maklumat Lanjut: πΉ Untuk penyertaan, imbas kod QR untuk maklumat lanjut.
πΉ Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah berhampiran anda.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi inspirasi kepada generasi belia yang lain! ππͺ
ποΈ 8 Februari 2025 (Sabtu) π KOMBES Negeri Selangor
Kelab Kebajikan Keluarga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (Team JBS Selangor) telah menganjurkan Karnival Sukan Muhibbah Enam Penjuru (SUKMEP) Tahun 2025 dengan penyertaan daripada Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak dan Selangor selaku tuan rumah. Objektif pelaksanaan SUKMEP ini adalah untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan pegawai dan kepimpinan melalui sukan π
Majlis Penyampaian Hadiah SUKMEP telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Azli bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam dan diiringi oleh Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor serta barisan Pengarah dan YDP Kelab daripada Negeri jemputan π
Sebanyak tujuh (7) acara dipertandingan dan berikut merupakan kedudukan yang dimenangi oleh Team JBS Selangor; - Futsal Lelaki π₯Β - β Futsal Wanita π₯Β - β Karom π₯ - β Pickleball π₯Β - β Ping Pong π₯ - β Olahraga π₯ - β Tarik Tali π₯
Tahniah Selangor! Perjuangan diteruskan pada edisi akan datang π«‘
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231