- JBS Selangor
- Hits: 142
PASUKAN REMAJA WANITA SELANGOR MENEMPAH TIKET KE PERINGKAT AKHIR SEMPENA PERTANDINGAN AEROBIC DANCE KEBANGSAAN
Selangor berada dalam 8 pasukan terbaik yang layak melangkah ke peringkat akhir. Bertempat di Pusat Membeli Belah Datum Jelatek Kuala Lumpur, sorakan sekali lagi bergema apabila Negeri Selangor berjaya melangkah ke peringkat akhir selepas Pertandingan Peringkat Saringan Kategori Remaja bawah 17 tahun melibatkan 15 pasukan keseluruhannya.
Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan diadakan selama 2 hari bermula 16 September 2024. Sebanyak 2 kategori dipertandingkan iaitu Dewasa 18 Tahun ke atas dan Remaja Bawah 17 Tahun. Ianya disertai seramai 15 buah negeri bagi setiap kategori.
‼️Ayuh Team Selangor ‼️
#JBSNSelangor
#MalaysiaMadani
#AerobicDanceKebangsaan2024
- JBS Selangor
- Hits: 142
