Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa atau International Volunteer Day (IVD) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 5 Disember setiap tahun?
Bagi menyemarakkan lagi sambutan, JBSN Selangor akan menganjurkan “Explorace” Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) seperti ketetapan berikut;
?? PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR TURUN PADANG MENYANTUNI IBU BAPA DAN PESERTA KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 3 2024 NEGERI SELANGOR
Pengarah turun padang bagi menyantuni ibu bapa dan peserta disamping membuat pemantauan pelaksanaan Program KLAS Renang Fasa 3 2024 Negeri Selangor pada 27 November 2024 (Rabu) di bawah kendalian Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang bertempat di Kolam Renang Botanic Resort Club, Klang.
Sesi KLAS Renang (Kategori kanak - kanak daripada golongan keluarga B40) melibatkan 40 orang peserta ini telah bermula pada 14 November yang lalu dan hari ini merupakan sesi ke 4 pelaksanaan dan akan berakhir pada 29 November 2024 melibatkan enam (6) sesi latihan keseluruhannya.
Sesi 'turun padang' ini merupakan salah satu inisiatif pihak pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bagi melihat keberkesanan program ini dalam mencapai objektif dan KPI yang telah disasarkan.
Hadir sama dalam sesi ini, Encik Thana Rajandram, Pengurus Botanic Resort Club dan Encik Murugapperumal Pillai A/L Subramaniam, Pegawai Belia & Sukan Daerah Klang.
Bersempena Program 2 Tahun Kerajaan MADANI, KBS menerusi JBSN Selangor membawakan Tayangan Skrin Besar Rakan Muda filem animasi BoboiBoy Movie 2 di Kompleks Bougainvillea, Kampung Sungai Kertas, Gombak ?
Tuan A Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor diiringi Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor berkesempatan hadir bagi menyantuni lebih 500 orang yang turun membanjiri kompleks ini ?
Tayangan turut diserikan dengan kehadiran Encik Mohd Fadzli bin Abdul Latif, Penghulu Mukim Batu, Encik Jamil Azaman bin Razak, Ketua Kampung Sungai Kertas dan Encik Naresh Kumar, Pegawai PBSD Gombak ?
UKJK JBSN SELANGOR BERSAMA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA BAGI PENILAIAN TAHAP POTENSI URUSAN PEMANGKUAN GRED KP42 ??
Telah berlangsung satu sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi peserta Kursus Pemilihan Pegawai KP42 Jabatan Pendaftaran Negara pada ?️ 23 November 2024 (Sabtu) bertempat ?di Semenyih Eco Venture, Selangor.
Encik Sazali bin Abdul Samad selaku Ketua Penguji UKJK menerima peserta seramai 37 orang bagi menjalani sesi UKJK tersebut.
"Buat apa nak mengundi?" ? "Demokrasi tu apa?" ? "Kenapa anak muda kena ambil tahu?" ?
Kami ada semua jawapan di atas ?
Kalau korang nak tahu juga, korang kena sertai progam Rakan Demokrasi Kuasa Orang Muda (RD:KOM) sebab kat sini kami akan kongsikan banyak benda berkaitan demokrasi melibatkan peranan, proses dan kuasa anda sebagai belia! ?
Peluncuran program ini akan berlangsung seperti berikut:
?️ 24 November 2024 (Ahad) ⏰ 8.30 pagi ? Pawagam MMU, Universiti Multimedia, Cyberjaya
Pelbagai input akan anda peroleh dalam program ini dan sebanyak 100 siri bakal menggegarkan kuasa anak muda berumur 13-30 tahun di seluruh negara! ??
Kalau korang berminat nak hadir ke majlis peluncuran program ini, jom daftar dengan imbas kod QR di poster 3/3 ?
?️ 22 November 2024 (Jumaat) ? Universiti Selangor, Kampus Bestari Jaya
Yang Berbahagia Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara diiringi Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor telah merasmikan Karnival Sukan Rakyat (KASURA) dengan tema ‘Merakyatkan Sukan Untuk Kesihatan & Perpaduan’ anjuran Pusat Khidmat Penyelaras Dun Permatang di bawah pimpinan Tuan Haji Mohd Yahya Bin Hj Mat Sahri ?✨
Karnival Sukan Rakyat Tanjong Karang ini dianjurkan buat kali ke-9 untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Tanjong Karang sebagai sebuah Daerah yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan seiring dengan kerangka Malaysia MADANI. Sebanyak 14 acara sukan akan dipertandingkan antara kampung di Parlimen Tanjung Karang.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran 700 peserta larian Night Run KASURA yang terdiri dari peserta KASURA & juga mahasiswa/i UNISEL. Wakil pelajar UNISEL juga telah menyerahkan simbolik penyerahan Sekretariat Rakan Muda UNISEL selepas majlis perasmian yang disempurnakan dengan larian obor ?✨
Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah (Rakan Muda), JBSN Selangor diiringi Encik Saibie bin Ibrahim, Pegawai PBSD Petaling telah menghadiri majlis penutup Program Rakan Muda Rentak Seni Daerah Petaling pada ?️ 22 November 2024 (Jumaat). Program ini dengan kerjasama ? City University Malaysia Cawangan Petaling Jaya dan telah disertai seramai 25 orang peserta. Selama tiga (3) sesi latihan tarian Tradisional Melayu telah dijalankan yang telah diketuai oleh Cikgu Kenit selaku Tenaga Pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang seni tarian tradisonal melayu ?✨
Program Rakan Muzik ini merupakan salah satu elemen gaya hidup Rakan Muda yang telah diperkenalkan oleh KBS untuk belia-belia di luar sana dan diberi pendedahan lebih detail mengenai muzik dan teknik-teknik asas tarian.
Diharap pada masa akan datang lebih ramai belia-belia di luar sana mengetahui dan menyukai seni tari melayu agar ia tidak luput ditelan zaman ?✨
Program Kelas Asas Tarian Klasik Bharatham yang berlangsung pada 13, 19, dan 21 November 2024 telah melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan hari ini ?
Majlis ini disempurnakan dengan kehadiran tetamu kehormat: - Puan Azura Binti Haji Sarbin, Pengarah JBSN Selangor - Tuan Murugapperummal Pillai, Pegawai PBSD Klang - Tuan Kulandai, Setiausaha Persatuan Kabaddi Daerah Klang
Turut memeriahkan majlis: - Puan Nor Zakiah, Pengerusi Majlis Belia Daerah Klang - HYO Daerah Klang
Dalam ucapannya, Puan Azura menekankan pentingnya penglibatan remaja dalam program-program Rakan Muda seperti ini untuk memperkukuhkan semangat seni, budaya, dan jati diri belia. Program ini bukan sahaja memberi ruang kepada para peserta untuk mempelajari asas tarian klasik Bharatham, tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk memupuk perpaduan dan menghargai warisan seni budaya ?
Majlis Belia India Malaysia Cawangan Sentosa mengucapkan jutaan terima kasih kepada PBSD Klang atas kepercayaan dan peluang yang diberikan untuk mengendalikan program ini ?
Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tenaga pengajar iaitu Puan Vishalini, atas dedikasi dan bimbingan beliau sepanjang program ini. Usaha beliau memastikan para peserta mendapat asas tarian yang kukuh amat dihargai.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini! Semoga lebih banyak inisiatif seperti ini dapat dilaksanakan pada masa hadapan.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231