PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN UNTUK SEMUA, SUKAN PICKLEBALL & BOLA SEPAK 9 SEBELAH MENJADI PILIHAN
🗓️ 18 Januari 2025 ( Sabtu) 📍 Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor melalui Bahagian Pembangunan Sukan akan melaksanakan program Penggalakan Sukan Untuk Semua yang melibatkan sukan Pickleball dan Bola Sepak 9 Sebelah dengan penglibatan Rakan-rakan strategik serta Persatuan Belia dan Persatuan Sukan.
YB Najwan Halim, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan akan merasmikan program tersebut serta membuat sepak mula sebagai simbolik bermulanya pertandingan.
13 Januari 2025 (Isnin) ⏰ 11.00 pagi Bilik Mesyuarat JBSN Selangor
Telah berlangsung satu Mesyuarat Penyelarasan Sukan Muhibbah Enam Penjuru (SUKMEP) yang melibatkan negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka
Perancang pelaksanaan SUKMEP akan berlangsung pada 8 Februari 2025 (Sabtu) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor ?
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA KE PREMIS BARU JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR
?️ 9 Januari 2025 ?Shah Alam, Selangor
Lawatan kerja Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara ke penempatan baru Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Kompleks ini dulunya dikenali sebagai Kompleks Sukan Shah Alam (Panasonic) telah diambil alih oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara pada April 2024. Ketua Pengarah JBSN meluangkan masa melihat sekitar kompleks dengan kemudahan dan fasiliti yang sedia ada. Beliau juga sudi beramah mesra bersama Pegawai dan Kakitangan JBSN Selangor.
PEMAKLUMAN PERPINDAHAN & PERTUKARAN ALAMAT JABATAN
Sukacita dimaklumkan, bermula 6 Januari 2025 (Isnin) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor akan beroperasi di alamat?Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah JBSN Selangor berkesempatan menziarahi Puan Nor Asiah binti Ab Aziz, Pembantu Belia dan Sukan S3 TBK yang bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang. Beliau menghidap sakit buah pinggang dan bermula cuti sakit sejak Oktober 2024 yang lalu ?
Semoga beliau diberi kekuatan untuk berjuang melawan sakitnya dan didoakan semoga dipermudahkan segala urusan ?✨
Seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada keluarga dan sahabat kami yang meraikannya ☺️
Semoga perayaan ini disambut dengan penuh warna warni, kesyukuran dan keharmonian ?
Buat yang pulang ke kampung atau bercuti, semoga perjalanan pergi dan pulang dipermudahkan. Sentiasa berhati-hati sepanjang musim perayaan dan percutian ini ??
Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Selangor dengan kerjasama Red Giant Para Athletics Club telah melaksanakan Program Inspire Eksplorasi Peringkat Negeri Selangor 2024 pada ?️ 18-20 Disember 2024 bertempat di?Pusat Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Bangi.
Program ini dilaksanakan selama 3 hari 2 malam yang disertai oleh 40 orang peserta di kalangan orang kurang upaya (OKU) ??di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan ahli-ahli Red Giant Para Atlethics Club. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) ??untuk mempelajari perkara asas rekreasi serta memberi ruang dan peluang kepada golongan ini untuk memiliki kemahiran rekreasi sama seperti golongan normal. Implikasi program ini dapat meningkatkan daya ketahanan mental yang positif serta melahirkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ??yang berkeyakinan tinggi dan tidak merasa kelemahan mereka.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah: * Taklimat & Ice Breaking * Asas Ikatan Tali * Ascending dan Descending Teori & Praktikal * Asas Renang Teori & Praktikal * Pertolongan Cemas (Asas Menyelamat)
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Turut hadir sama Kapten Mohd Ruhaizul bin Md Isa @ Mansor, Ketua Bahagian Pengurusan Latihan Akademi Latihan Pertahanan Awam ALPHA Bangi dan Encik Mohd Nortarmizi bin Misrun, Penasihat Red Giant Para Athletics Club ? selaku rakan strategik bagi pelaksanaan program ini.
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231